berita

Terlalu Penat Nak Kunyah, Afgan Campur Dada Ayam Dengan Pisang Buat Smoothie

October 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Afgan Minum Bancuhan Ayam & Pisang

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mencuri tumpuan ketika memuat naik video dirinya sedang minum ‘protein shake’ dalam usaha membantu dirinya mengekalkan bentuk badan yang cantik.

Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri

‘Blend’ ayam dengan pisang

Afgan Minum Bancuhan Ayam & Pisang

Menerusi hantaran di Instagram, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza dilihat mencampurkan kira-kira 100 gram isi ayam dan sebiji pisang beserta satu senduk serbuk protein sebagai minuman dietnya.

Menurut pelantun ‘Bukan Cinta Biasa’, dirinya memilih untuk mengisar isi ayam tersebut kerana terlalu penat untuk mengunyah makanan tersebut.

Bila diri terlalu penat dan jemu kunyah dada ayam setiap hari.

Selepas membancuh kesemua bahan tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu menunjukkan reaksi sedikit jelik selepas meneguk minuman diet tersebut.

Respon netizen

Afgan Bancuh Ayam Dengan Pisang

Afgan Bancuh Ayam Dengan Pisang

Afgan Bancuh Ayam Dengan Pisang

Afgan Bancuh Ayam Dengan Pisang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi ditunjukkan Afgan ketika menikmati minuman dietnya itu.

Mereka juga berseloroh akan memilih untuk mengunyah ayam tersebut berbanding membancuhnya bersama pisang untuk diminum.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×