Minggu kedua Pentas Marhaban telah mengangkat kumpulan anak muda, Kumpulan Intracksee sebagai juara mingguan.
Artikel Berkaitan: In-Team Bantu Keluarga Arwah Suhaimi Saad – ‘Sudah Jadi Tanggungjawab Kami’
Artikel Berkaitan: Ketawa Sampai Terdiam Masa ‘Live’, Gelagat Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Curi Tumpuan – ‘Saya Nak Masuk Marhaban’
Muda VS Otai
Menurut juri tetap Pentas Marhaban iaitu Ustazah Asni Mansor, kumpulan Intracksee mampu menarik minat anak muda untuk mendalami dan mencintai dunia marhaban.
Namun tidak kurang juga dengan pihak lawan, kumpulan Al-Muhtadin yang masih mengekalkan keaslian kumpulan marhaban dengan suara lunak dan padu serta ‘pitching’ yang tepat.
Kumpulan Al-Muhtadin mengekalkan originaliti marhaban manakala Intracksee lebih kepada inovasi buat anak-anak muda. Walaupun kumpulan ini kurang alat muzik untuk mengalunkan Qasidah, tetapi vokal mereka itu boleh touch heart, menyentuh hati.
Yang saya nampak, dua kumpulan ini betul-betul memenuhi kriteria yang kita mahukan. Buat masa ini, kita masih belum lagi dapat menentukan siapa yang mempunyai kelebihan kerana kedua-dua kumpulan anak muda dan otai sangat penting.
Dua-dua mempunyai kepentingan masing-masing dan akan cuba buat yang terbaik yang akan menonjolkan kehebatan tersendiri.
Ditanya apa kriteria utama yang perlu ada untuk bergelar juara Pentas Marhaban, Ustazah Asni Mansor menekankan soal penjagaan vokal ketika melakukan persembahan marhaban.
Pertamanya, jaga vokal. Kedua, jangan sampai terlalu berinovasi sehingga hilang keoriginalan marhaban tersebut. Itu yang kita nak.
Boleh berinovasi dan kalau boleh persembahan yang dipertontonkan lebih bersemangat dan padu mengambil kira bahawa pertandingan ini dinilai melalui kriteria yang telah ditetapkan.
Penonton suka tengok
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Kandungan dan Perolehan TV AlHijrah, Nurjannah Mohd Salleh bersyukur apabila program realiti ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada semua lapisan umur.
Kami mendapat banyak maklum balas yang bagus, sama ada secara direct mahupun di sosial media.
Setiap minggu, penonton menunggu pertandingan pentas marhaban ini meskipun segelintir orang skeptikal dengan menganggap marhaban sinonim dengan golongan berusia.
Sekarang ini kita boleh nampak bahawa marhaban, Qasidah, dengan mawal dan rawi ini adalah untuk golongan muda juga.
12 kumpulan marhaban bakal bersaing mengalunkan rangkaian puisi tentang kisah Rasulullah SAW serta puji-pujian kehadrat Ilahi yang disampaikan dengan iramanya yang tersendiri dengan penumpuan kepada tiga elemen utama pada setiap persembahan iaitu Mawal, Marhaban dan Qasidah.
Pada setiap minggu, Pentas Marhaban akan diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis lebih dikenali sebagai Along Gambus bersama dengan seorang juri jemputan. Juri jemputan untuk minggu kedua adalah Hazamin In-Team.
Manakala, Shamsul Ghau-Ghau atau lebih mesra disapa dengan Pak Su dan Tilmiz Fahmi selaku duo host Pentas Marhaban.
Juara setiap episod Pentas Marhaban akan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan akan layak ke peringkat separuh akhir. Bagi juara peringkat akhir pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 manakala naib juara sebanyak RM25,000 beserta hadiah tambahan lain.
Pentas Marhaban akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah pada setiap Sabtu jam 9 malam.