Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas mendedahkan suaminya, Kamal Adli mengalami cedera parah selepas diserang menggunakan cota oleh seorang individu di Singapura.
Di sebalik kerisauan orang ramai terhadap keselamatan Uqasha dan keluarga, timbul pula satu dakwaan yang mengatakan pelakon cantik ini pernah membuli rakan sekolahnya.
Individu dakwa dibuli Uqasha?
Menerusi satu ciapan di akaun @ImZawani, wanita ini mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu di zaman persekolahan iaitu sekitar 15 tahun lepas. Dakwa wanita ini lagi, akibat perbuatan pelakon tersebut, dia mengalami kemurungan sehingga terdetik untuk membunuh diri selain mahu berpindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dibuli.
Wanita ini turut menceritakan bagaimana dia dibuli selain melampirkan gambar majalah sekolah sebagai bukti yang mereka berdua pernah belajar di sekolah yang sama.bersama.
Dia turut mempersoalkan adakah dia patut melupakan apa yang dilakukan Uqasha hanya disebabkan dia seorang artis? Individu ini akui tidak akan sesekali memaafkan Uqasha atas tindakannya sebelum ini.
Kejadian 15 tahun lepas
Sumber: Twitter