berita

‘Janganlah Aniaya Saya Sampai Begini Sekali’ – Isteri Kedua Amar Asyraf Dicerai Talak Tiga

January 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon Amar Asyraf sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa telah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bernama Ellika Azman meskipun pelakon itu sudah mempunyai dua orang isteri. Susulan daripada kontroversi tersebut, isteri kedua kepada pelakon itu iaitu Vivy Jeffry kemudiannya turut membuka mulut dan mengakui bahawa mereka telah berkahwin sejak beberapa tahun lalu.

Setelah seketika kontroversi itu reda, terbaru menerusi laporan Harian Metro, Vivy mendedahkan bahawa dirinya telah diceraikan oleh Amar dengan talak tiga sejak 4 November tahun lalu.

Tolong tampil

Menurut Vivy, beliau bagaimanapun sudah reda dan pasrah selepas ditakdirkan bercerai dengan pelakon itu.

Saya reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga.

Namun katanya, pada ketika ini dia berharap agar bekas suaminya itu dapat tampil bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka di mahkamah secepat mungkin selepas usaha untuk menghubungi pelakon itu gagal kerana nombornya disekat.

Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi .

Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar.

Tidak simpan dendam

Bagi Vivy, dia tidak menyimpan perasaan dendam mahupun marah terhadap bekas suaminya itu meskipun sudah diceraikan dengan talak tiga.

Katanya ketika ini, dia hanya memohon supaya Amar dapat tampil dan menguruskan hal penceraian mereka dengan segera supaya dirinya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

Jelas wanita itu, jika diikutkan tempoh udah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku, ia masih tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah.

Sumber: Harian Metro

×