berita

‘Janganlah Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama’ – KJ Dakwa Belanjawan Negara 2019 Hanya Copy Paste

November 12th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Berita Harian hari ini, Khairy Jamaluddin menyifatkan angka besar Belanjawan 2019 hanya sekadar copy-paste dan kesinambungan daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

Malahan beliau turut mendakwa pembentangan bajet 2019 itu tidak memberi harapan untuk membantu Malaysia ‘kalis masa depan’.

Hanya kesinambungan pentadbiran BN

Saya melihat Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini mempunyai empat prinsip utama iaitu ‘copy-paste’, tukar nama atau ‘rebranding’, kesinambungan atau ‘continuation’ dan tidak lengkap.

Pembentangan Belanjawan 2019 tempoh hari boleh disimpulkan kebanyakan program dan inisiatif dilaksanakan kerajaan PH adalah kesinambungan pentadbiran BN sebelum ini. Malah, sebahagiannya hanya dijenamakan semula untuk memadam legasi BN yang terbukti cemerlang. Terlalu banyak untuk disebut, it is going to be a long list (senarainya terlalu panjang).

Menurutnya, pencapaian Malaysia dalam Laporan Ease Of Doing Business yang dikeluarkan Bank Dunia bagi 2019, menyaksikan kedudukan Malaysia melonjak dari tempat ke-24 kepada 15, membabitkan penilaian dari 2 Jun 2017 sehingga 1 Mei 2018.

Kalau nak copy paste, ambil semua dasarnya

Ini menzahirkan bukti kejayaan dasar BN dalam memudah cara urusan perniagaan dan pelaburan asing ke Malaysia. Janganlah sampai ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Kalau nak ‘copy paste’, eloklah diambil semua dasarnya.

Jika BN masih memerintah, BR1M sudah pasti dinaikkan sehingga RM2,000 dan golongan B40 terus dibela. Subsidi untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sejumlah RM150 juta adalah program kerajaan BN yang diteruskan oleh PH, bukannya dasar baharu.

Khairy turut mengatakan Bantuan Sara Hidup (BSH) hanya penjenamaan semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimulakan BN. Apa yang mengecewakan beliau ialah bantuan berkurang kepada antara RM500 hingga RM1,000.

BN memperuntuk jumlah lebih besar

Demi kemaslahatan rakyat, BN sentiasa memperuntuk sejumlah peruntukan besar, misalnya RM3.9 bilion pada Bajet 2018 untuk subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

Bantuan ini pula disokong oleh program subsidi bersasar iaitu BR1M untuk membantu golongan B40.

Tambahnya lagi, BN memperuntukkan jumlah lebih besar serta subsidi barangan lain. Selain itu, pentadbiran dahulu disokong oleh subsidi berbentuk BR1M.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×