berita

#JanganTontonHaram Inisiatif iQiyi & FINAS Untuk Banteras Aktiviti Cetak Rompak!

April 15th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

iQiyi Malaysia

Baru-baru ni, iQiyi International sebagai peneraju utama dalam perkhidmatan penstriman hiburan antarabangsa telah melancarkan kempen anti cetak rompak yang pertama kali seumpamanya iaitu #JanganTontonHaram.

Kalau korang nak tahu, inisiatif ini adalah hasil kolaborasi bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam usaha melindungi karya-karya ahli penggiat seni tanah air.

Aktiviti cetak rompak rencatkan industri hiburan

Untuk pengetahuan korang, bukan sikit tau kerugian yang dialami, dianggarkan kerugian dari kegiatan ciplak kandungan, cetak rompak digital mencecah sehingga RM3 billion, dimana kerajaan turut mengalami kerugian hasil cukai sehingga RM157 juta setiap tahun. Wow, banyak tu!

Malah, perkembangan industri hiburan dan pelancaran filem juga turut mendapat impak yang amat teruk sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Ini antara usaha kempen #JanganTontonHaram:

iQiyi Malaysia

Menurut Dinesh Ratnam, Pengurus iQiyi International bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, kempen #JanganTontonHaram ni merupakan kempen yang dilaksanakan secara digital dengan menggalakkan para penonton untuk terlibat secara proaktif dengan memerangi dan mematahkan kegiatan jenayah ini.

Pengguna juga digalakkan untuk memanfaatkan ‘kuasa klik pengguna’ supaya dapat mengubah landskap industri hiburan, sekaligus berganding bahu dengan pelbagai pihak, supaya tenaga kerja, hak cipta dan harta intelek industri ini dapat dilindungi.

Sebuah laman web khusus, www.jangantontonharam.com pula akan menyiarkan beberapa video perkongsian dari mereka yang menerima kesan secara langsung dari aktiviti cetak rompak kandungan dan penipuan; tip-tip berguna untuk mengesan pautan dan laman
haram, mengekalkan keselamatan data dan butiran tentang implikasi undang-undang bagi mencegah orang ramai daripada terlibat dalam jenayah ini.

#HelloPoliceiQ beri ganjaran kepada ”pelapor” cetak rompak

iQiyi Malaysia

Kalau korang perhatikan, aktiviti cetak rompak di lama penstriman dah semakin berleluasa dan merupakan cabaran yang paling utama.

Tambah Dinesh, “Kami sedar bahawa sebaik sahaja satu laman haram dihapuskan, satu lagi akan muncul.

“Diilhamkan dari kempen ‘crowdsourcing’ dan insfrastruktur global anti-cetak rompak, iQiyi menggunakan teknologi AI serta pemantauan secara manual, kami telah mencipta satu inisiatif awam #HelloPoliceiQ. Ini boleh diakses melalui laman web jangantontonharam.com dimana orang awam boleh melaporkan laman dan platform cetak rompak serta sumber aktiviti tersebut dengan selamat.”

Selain daripada laman web, pengguna juga boleh menulis hashtag #HelloPoliceiQ pada mana-mana pautan cetak rompak yang dikongsi melalui media sosial. Selepas disahkan, pengguna secara automatik akan menerima akaun VIP iQiyi percuma yang memberi mereka akses kepada pelbagai kandungan pan-Asia premium secara sah.

Oh ya, iQiyi juga ada mengadakan cabutan bertuah, di mana pemenang berpeluang untuk memenangi set audio Beats Flex, Apple Airpods ataupun iPhone 12 Pro Max!

Cuma laporkan jumlah pautan sama ada 10,000, 50,000 dan 100,000 dan pemenang bertuah akan bawa pulang hadiah-hadiah lumayan tersebut!

Untuk maklumat lanjut dan butiran program kempen, sila layari www.jangantontonharam.com

SKIP THIS AD ×