berita

#JanganTungguLamaLama Ini Antara Cara Untuk Korang Raikan Iftar Dengan Lebih Istimewa

March 17th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bulan Ramadan berkunjung lagi. Tahun ni pasti ramai berazam untuk tingkatkan ibadah, jadi lebih rajin, malah jadi lebih baik daripada sebelum ni. Paling indah apabila dapat meraikan bulan Ramadan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bilakah waktu paling tepat untuk berkumpul bersama yang tersayang di bulan Ramadan? Semestinya sewaktu iftar, iaitu berbuka puasa. Nak raikan iftar dengan lebih istimewa, korang guna la cara yang kami kongsikan kat bawah ni.

Balik kampung, iftar bersama keluarga.

Paling dinantikan, pastinya balik kampung untuk berjumpa keluarga. Bukan waktu raya je, puasa pun kena la berkumpul. Selagi ada kesempatan masa untuk iftar bersama keluarga, gunakan sebaiknya kerana itulah momen paling indah di bulan Ramadan.

Ajak rakan iftar bersama di rumah atau luar.

Nak pengalaman lebih istimewa di bulan Ramadan? Call kawan korang dan ajak mereka bersama. Setelah iftar, boleh la terus siap sedia ke masjid untuk solat terawih berjemaah. Bukan selalu dapat pengalaman berharga dengan kawan macam ni.

Iftar secara berpiknik di tempat menarik.

Sebenarnya korang boleh raikan iftar dengan lebih meriah. Iftar paling best adalah secara berpiknik di dataran. Lebih-lebih lagi di tempat popular seperti Dataran Merdeka, Dataran Putrajaya, Dataran Sibu dan banyak lagi. Suasana happening!

Pergi berbuka puasa di restoran bersama keluarga.

Biasanya beli makanan di bazar ramadan, terus iftar di rumah. Biasa la tu. Apa kata sekali sekala, bawa keluarga korang pergi iftar di restoran. Keluarga korang pun pasti bahagia dapat berbuka puasa di restoran yang mereka sukai.

Menarik kan? Kalau ada antara cara ni yang korang belum pernah buat lagi, try la tahun ni. Semua cara ni akan berjaya kalau korang #AdakanMasa dengan orang tersayang. Sama seperti filem pendek daripada McDonald’s ni!

Filem pendek McDonald’s buat ramai sedar, kena raikan Ramadan dengan istimewa!

Nak raikan bulan Ramadan dengan lebih istimewa? Kami ada berita menarik daripada McDonald’s. Sempena Ramadan tahun ni, McDonald’s nak ajak korang #AdakanMasa dengan orang tersayang. Ada filem pendek istimewa daripada McDonald’s untuk korang tonton!

Filem pendek McDonald’s iaitu #JanganTungguLamaLama akan buat korang tersentuh. Berkisahkan tentang Ali, seorang pemuda yang sentiasa berusaha membuat persiapan selengkapnya agar Ramadan jadi lebih bermakna. Sungguh menyayat hati!

Ramadan kali ni Ali kena make time dengan orang tersayang, tak nak terlepas lagi

Pada bulan Ramadan tahun lepas, banyak perkara yang Ali dah terlepas untuk buat. Antaranya bawa adik-adik beli baju Raya, pergi moreh dengan kawan-kawan, bawa Abah Tarawih kat Masjid Negara dan banyak lagi!

Kali ni Ali dah tak nak terlepas lagi. Dia berusaha #AdakanMasa dengan orang yang dia sayang. Filem pendek McDonald’s dah mengajar kita supaya #JanganTungguLamaLama. Takut tiba-tiba habis bulan puasa, dah tak sempat nak buat kan?

Menu Foldover kembali lagi di McDonald’s sempena Ramadan!

Korang ingat lagi menu McDonald’s yang disukai ramai, iaitu Foldover? Paling teruja, McDonald’s akan melancarkan kembali menu Foldover iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging. Syoknya!

Keenakan roti pita yang diapit bersama dua kepingan ayam atau daging digril, salad segar dengan curahan sos istimewa. Sekarang dah ada set menu Foldover bersama Teh Ais Limau dan Pai Epal. Sedap dimakan waktu berbuka puasa bersama keluarga.

Jom berbuka puasa bersama Nasi Lemak McD dengan Ayam Creamy Butter!

Iftar korang akan terasa nikmat bersama Nasi Lemak McD dengan Ayam Creamy Butter. Lihat sendiri rupanya pun nampak sedap dan mengiurkan. Ayamnya lemak berkrim dan sambalnya kena dengan selera orang Malaysia.

Nikmati iftar bersama pencuci mulut istimewa, McFlurry Mangga & Pai Keju Karamel

Nakkan sesuatu yang manis sewaktu iftar? Tengok gambar McFlurry Mangga ni. Alahai, terliurnya. Kesegaran mangga terasa sungguh. Lebih kelazatan kalau digandingkan bersama Pai Keju Karamel. Yummy!

Pesan hidangan berbuka puasa dengan Drive-Thru McDonald’s atau McDelivery!

Pening fikir nak masak apa untuk juadah berbuka? Tak perlu susah payah. Singgah je Drive-Thru McDonald’s. Sambil dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, boleh beli makanan untuk berbuka puasa siap-siap.

Hiasan menarik di Drive-Thru McDonald’s sempena Ramadan, cantiknya!

Dengar cerita, banyak hiasan menarik di Drive-Thru McDonald’s sempena Ramadan ni. Kalau nak tahu, korang kena la pergi Drive-Thru McDonald’s. Kami yakin korang akan terkesima selepas melihatnya. Dapat rasai bulan puasa dan lebaran penuh bermakna!

Tak sabar nak tengok? Korang boleh singgah mana-mana cawangan Drive-Thru McDonald’s yang kami senaraikan di bawah ni. Let’s go!

Central

  • McD Danau Kota DT
  • McD Pantai Sentral Park DT
  • McD Bangi DT
  • McD Putrajaya DT
  • McD Shah alam s3 DT

Southern

  • McD Tampin DT
  • McD Muar DT
  • McD Educity
  • McD Kuantan DT

Northern

  • McD Amanjaya DT
  • McD Kangar DT
  • McD Kubang Kerian DT

Tak sempat nak keluar? Jangan risau. McDelivery kan ada. Guna hujung jari je untuk memesan makanan dengan McDelivery. Tup tup dah sampai depan rumah. Senang dan pantas!

Nak info lebih lanjut tentang apa yang ada di McDonald’s sempena Ramadan ni? Korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×