berita

Janin Cukup Sifat Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Di Stesen Minyak

May 11th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelanggan sebuah stesen minyak di Danau Kota, Kuala Lumpur dikejutkan dengan penemuan janin bayi lelaki cukup sifat di dalam mangkuk tandas stesen minyak terbabit petang semalam.

Janin lelaki cukup sifat

Gambar sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang.

Bertindak atas maklumat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati satu janin lelaki cukup sifat bangsa tidak pasti berusia kira-kira enam hingga lapan bulan disyaki telah dibuang dalam mangkuk tandas stesyen minyak tersebut.

Janin tersebut telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×