Masih lagi trending nama Janna Nick di sosial media kerana kontroversi mengenai isu berkaitan artis K-pop. Disebabkan itu, akaun Twitter dan Instagram pelakon itu ‘hilang’ serta menjadi tanda tanya netizen adakah ianya disebabkan report netizen ataupun Janna mengambil langkah untuk nyahaktifkan akaun sendiri.
Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?
Artikel berkaitan: Terpalit Kontroversi Hina K-Pop, Nazim Othman Tampil Mohon Maaf
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Janna bertindak membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Tambahnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan terhadap dirinya.
Buat laporan polis
Setelah teruk dihentam netizen, pengacara itu bertindak membuat laporan polis sebagai langkah keselamatannya. Tambahnya, sudah terdapat beberapa akaun sosial media yang dikenalpasti.
Saya ingin maklumkan laporan polis sudah dibuat berhubung perkara ini di mana siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan SKMM turut terbabit dalam mengenalpasti individu atau pesalah laku meskipun mereka cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.
Saya dimaklumkan, dengan kemajuan teknologi yang digunakan dan maklumat daripada sistem data internet yang dikesan daripada alat peranti yang digunakan sama ada telefon pintar, komputer atau sebagainya, individu ini berjaya dikesan untuk tindakan lanjut akibat daripada tindakan jenayah, salah laku dan pelanggaran undang-undang yang mereka lakukan.
Saya dimaklumkan terdapat juga kanak-kanak dan remaja dalam kalangan individu pesalah laku ini yang mana alat peranti dan sistem data internet yang digunakan mereka adalah direkodkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga.
Saya menghormati mereka
Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai ‘Lisa Blackpig’.
Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai ‘Lisa BLACKPIG’, ia adalah terpesong sama sekali. Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea, yang bukan setakat industri hiburan mereka bahkan budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan tempat di Korea, tohmahan sebegitu terhadap saya adalah sangat tidak berasas.
Saya sendiri pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan serta artis Korea dalam kerjaya saya dan amat menghormati mereka. Ia adalah amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk saya menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban Blackpink dengan sebarang nama yang mengaibkan.
Sumber: Harian Metro