berita

Janna Nick Nangis Kucing Kesayangan Cedera, Jiran Siap Maki Nak Sembelih – ‘Jangan Ingat Tak Ada Akta Dalam Dunia Ni!’

April 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Janna Nick berang selepas mengetahui kucing peliharaannya cedera di bahagian badan dan dakwanya tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh jiran rumah.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidur Dengan Kekasih Ketika Bercuti, Janna Nick Enggan Layan Komen Netizen – ‘Kami Tak Pergi Berdua Malah Ada Keluarga’

Jiran yang baik pun satu nikmat

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Janna, 27, meluahkan rasa terkilan dengan sikap jiran yang tergamak mendera kucing.

Kata pemilik nama Nurul Jannah Muner, individu terbabit mengugut untuk menyembelih ‘si bulus’. Ceritanya lagi, kucing dia pernah disimbah air sebelum ini namun perbuatan itu dimaafkan.

Tak faham macam mana boleh ada jiran macam ini. Saya jarang ada di rumah, saya rasa kucing ini selalu pergi rumah dia. Sebelum ini, dia pernah simbah air dekat kucing saya sampai basah.

Tu tak tahu dia cabut bulu kucing ke apa. Takut dicucuh rokok ke sampai jadi merah? Siap ugut nak sembelih kucing kita. Tak baik macam ini.

Saya ada tiga kucing. Saya faham orang akan marah bila kucing pergi rumah jiran. Saya dah cuba terbaik dengan pasang jaring tapi kalau kucing panjat juga nak buat macam mana? Tapi saya tahu kucing saya tak akan berak atau kencing kat rumah orang.

Sebab kita dah potty trained dia. Walau dalam rumah saya pun dia tak pernah kencing ke berak. Jadi jangan nak tipu. Kalau betul dia ada buat tunjuk bukti. Jangan main dera kucing orang suka hati eh.

Kepada sesiapa yang melakukan ini. Saya harap Allah akan menghukum awak. Macam mana manusia boleh bersikap kejam dengan binatang comel macam ni? I hate you.

Jangan ingat tak ada akta

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal memberitahu dia bakal membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung isu itu. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet dan ada yang berkongsi pautan portal untuk dibuat aduan berkenaan.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini turut berkongsi artikel mengenai individu yang dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan mencederakan haiwan.

Sumber: Instagram @jannanick

SKIP THIS AD ×