berita

Janna Nick Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Sempat Bagi Amaran Pada Dini -‘Kalau Berani Curang, Ada Telur, Datang & Mengaku’

November 28th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pengumuman pernikahan kedua pempengaruh, Alif Teega semalam telah memberi kesan kepada ramai orang terutamanya kaum wanita. Malah, isu ini turut memberi kesan kepada pelakon dan juga pengacara terkenal, Janna Nick.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bersemut! Netizen Cemburu Tengok Kemesraan Janna Nick Dengan Suami – ‘Baby, Are You Leaving Me?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa ‘Bahan’ Rancangan Hiburan Lain Ketika Mengacara, Janna Nick Respon – ‘Saya Hanya Ikut Skrip’

‘Emosi sebagai isteri’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner mengakui sebagai seorang isteri, dia turut terkesan dengan isu yang sedang tular sekarang. 

Namun, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang isu tersebut kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan perkahwinan orang lain.

Masa perjalanan balik, saya tengah tengok TikTok dan saya lihat sedikit berita yang membuatkan saya emosi sebagai isteri. Namun, apa pun, itu kehidupan orang.

Kita tak tahu apa yang berlaku dan saya tidak mahu mengganggu kehidupan dan perkahwinan orang. Kita tak tahu apa yang jadi disebaliknya.

Semua perempuan pun akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami. Kalau sebelum kahwin, saya tak kesah pun, macam lepas kahwin saya turut terasa.

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun itu, sempat memberi amaran kepada suaminya, Dini Schatzmann.

Saya beritahu awak sekarang. Sekiranya satu hari nanti awak dah tiada perasaan dekat saya, awak dah tak sayang saya lagi, jangan curang belakang saya. Itu yang saya paling tak boleh terima. Berani dan datang menghadap saya.

Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.

Video

@jannanickofficial

GET UNREADY WITH ME ?

? original sound – jannanick95 – jannanick95

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×