berita

[VIDEO] Didakwa ‘Bahan’ Rancangan Hiburan Lain Ketika Mengacara, Janna Nick Respon – ‘Saya Hanya Ikut Skrip’

October 23rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Janna Nick Famili Duo 3

Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil memberikan respon terhadap komen netizen yang mengecamnya selepas dilihat memetik serta membandingkan program realiti, Famili Duo 2023 (FD) dengan program hiburan lain pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Raih 3.8 Juta Tontonan Pada Minggu Pertama, Famili Duo 2023 Kalahkan Semua Rancangan Hiburan Malam Ahad

Ikut skrip

Janna Nick Famili Duo 3

Ketika ditemui OhBulan!, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata apa yang dilakukannya di atas pentas adalah berdasarkan skrip yang ditulis dan permintaan penerbit untuk merancakkan lagi pentas FD3.

Sebenarnya apa yang saya buat itu memang ada dalam skrip tapi bila kita berucap dan berbicara secara spontan dan kasual di atas pentas jadi saya ‘tambah rasa’ sikit lah kan.

Pada pendapat saya okay sahaja sebab rancangan di sebelah sana buat dulu (bahan-membahan). Tapi sejujurnya secara peribadi saya dan pihak penerbit tak ada apa-apa isu dengan mana-mana pihak dan kami memang okay dengan sesiapa pun.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu membuat permohonan maaf sekiranya apa yang diperkatakannya di atas pentas mengguriskan hati mana-mana pihak.

Kami dalam industri mengenali antara satu sama lain dalam industri hiburan tapi pada pandangan orang luar mungkin apa yang saya buat itu agak sensitif untuk diperkatakan.

Jadi sekiranya ada yang berasa sedemikian, saya memohon maaf.

Janna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kedua FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie pada malam Ahad.

Sementara itu, Janna menjelaskan bahawa sebagai seorang pengacara, dia hanya melakukan apa yang diminta oleh pihak produksi dan akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

Sebagai pengacara, saya berpegang pada prinsip untuk mendengar  nasihat dan pandangan daripada pihak penerbit kerana itu tanggungjawab kita bila bekerja bersama mereka.

Jadi kalau penerbit minta kita untuk ‘bakar line’, kita akan buat. Kalau penerbit nak kita ‘tone down’ dan baik sedikit pada minggu itu jadi kita akan buat seperti apa yang diminta.

Apa yang penting ialah saya perlu buat kerja saya dengan jujur dan ikhlas.

Sekadar info, Janna turut bergandingan bersama penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam bagi mengacarakan program realiti, Famili Duo 2023.

Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×