Pelakon Janna Nick tampil memberi respon selepas didakwa melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah dalam sebuah video di media sosial miliknya sehingga mengundang kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Pilih Kacang Botol, Dini Schatzmann Didakwa Buat Lawak ‘Double Meaning’?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Murah Hati Beri Duit Tip, Staf Agensi Pelancongan Terharu – ‘Didikan Mak Ayah Dia Sangat Baik’
‘Tiada niat’
Janna atau nama lengkap Nurul Jannah Muner, 30, berkata, perkataan ‘besar’ dan ‘keras’ yang disebut dalam video berkenaan adalah spontan tanpa mempunyai sebarang niat lain.
Dalam video itu saya bercakap tentang kacang botol, kalau nak makan perlu pilih yang kecil dan rangup, jangan ambil jenis keras atau besar. Hakikatnya benda itu fakta.
Orang pula fikir benda itu ‘double meaning’. Jadi, kita sepatutnya menilai apa intipati sebenar konten tersebut.
Bila kami rekod konten, mungkin perbualan dan sebagainya terlalu selesa sebab kami pun memang suami isteri, adakalanya memang mudah terlepas.
Tiada niat pun nak buat konten berbaur lucah. Kami tegaskan, kami bukan jenis individu yang menggunakan elemen sebegitu untuk tunggang benda negatif.
Janna berkata demikian ketika ditemui di karpet merah Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Lebih berhati-hati
Tambah isteri kepada aktor, Dini Schatzmann itu lagi, dia menerima semua teguran dengan hati terbuka dan berjanji berusaha untuk mengelak daripada melakukan hal sama pada masa akan datang.
Namun, saya mengakui kelemahan sendiri dan akan cuba perbaiki apa sahaja kekurangan pada masa akan datang.
Terima kasih untuk teguran dan akan kongsi konten-konten yang bermanfaat serta positif selain menggembirakan semua orang.
Terdahulu, Janna dan Dini menerima kecaman apabila dikatakan sengaja menggunakan dialog yang berunsur lucah atau kurang sensitif dalam sebuah video di TikTok.