berita

‘Jantung Berhenti 20 Minit’ – Tiga Bulan Tidak Sedarkan Diri Akibat Komplikasi Ketika Bersalin

March 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kegembiraan pasangan untuk menyambut kehadiran anak lelaki terhenti apabila isteri dilapor tidak sedarkan diri akibat komplikasi ketika bersalin. Beliau yang melahirkan anak pada 27 Disember lalu sehingga ke hari ini masih dalam keadaan terbaring.

Tambah menyedihkan apabila anak yang dilahirkan turut mengalami komplikasi sehingga terdapat kerosakan pada otak dan masalah lain.

Oksigen tak sampai ke otak

Sekadar gambar hiasan

Menerusi Harian Metro, suami, Sapawi Mat Din berkata isterinya mengalami tekanan darah terlalu tinggi sehingga sesak nafas ketika berada di dewan bersalin Hospital Pekan.

Saya dimaklumkan oleh doktor jantung isteri berhenti selama 20 minit hingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak, malah saya diberitahu anak dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan.

Isteri kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan saya dimaklumkan jantung bayi masih berdegup sebelum isteri selamat melahirkan bayi kami secara pembedahan.

Tambahnya, sudah hampir tiga bulan dia berulang alik ke hospital untuk melihat keadaan anak Muhammad Samir Nasri yang kini dirawat.

Anak masih ditahan di wad

Sekadar gambar hiasan

Paling memilukan apabila doktor memberitahu otak anak tidak membesar seiring usia, malah anak juga tidak mampu menelan air liur.

Isteri dibenarkan pulang 15 Februari lalu namun keadaannya masih tidak berubah, hanya terbaring… Meskipun mampu mengerdipkan mata namun dia sebenarnya berada dalam keadaan tidak sedar.

Sebagai suami hati saya sayu melihatnya, sepatutnya kami gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga namun keadaan ini yang berlaku.. saya reda.

Meskipun doktor sendiri tidak memberi jaminan bahawa isteri akan sembuh atau tidak, Sapawi tetap berharap isteri kembali kepada sedia kala.

Walaupun dia tidak lagi mampu bercakap atau bergerak namun saya bersyukur kerana dapat melihatnya setiap hari, sebab itu saya sentiasa berbual dengannya.

Ketika saya bekerja, adik ipar dan sepupu akan membantu untuk menguruskan isteri saya. Apabila pulang, saya akan mengambil alih semula tugas itu.

Menurut suami, isteri tidak mempunyai sebarang masalah sebelum hamil dan ketika hamil isteri mengalami tekanan darah tinggi namun dalam keadaan terkawal.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×