berita

Jantung Wanita Meletup Ketika Lakukan Rawatan Buang ‘Stretch Mark’

October 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap wanita yang sudah bersalin sudah pastinya akan mempunyai stretch mark di bahagian perut dan paha akibat regangan yang berlaku ketika mengandung. Bagi sesetengah wanita, Stretch mark ini dianggap sesuatu yang memalukan dan ia memerlukan  rawatan khas bagi mengurangkan kesan regangan tersebut.

Namun, ini kisah yang terjadi kepada ibu yang mempunyai tiga anak apabila meninggal dunia selepas melakukan rawatan yang dipercayai dapat membantu mengurangkan kesan regangan pada perutnya.

Jantung meletup

Foto: Mirror UK

Wanita yang dikenali sebagai Claudia Bertoldi meninggal dunia semasa dia menjalani rawatan yang dikenali carboxytherapy dan cecair karbon dioksida telah disuntik ke dalam kulitnya. Menurut ahli keluarganya, jantung Claudia dipercayai meletup ketika proses rawatan itu dijalankan apabila cecair itu disuntik ke nadinya.

Adik lelaki Claudia turut menjelaskan rawatan yang diterima kakaknya itu boleh menyebabkan seseorang itu maut jika dilakukan oleh seseorang yang tidak terlatih dan tidak mengikut garis panduan yang sepatutnya.

Rawatan lazim dilakukan

Foto: Mirror UK

Rawatan tersebut terkenal di kalangan selebriti, dan ia dipercayai dapat melancarkan aliran darah dan dalam masa yang sama mampu meningkatkan keanjalan kulit bagi mengurangkan  kesan strecth mark dan selulit.

Kini, peralatan ketika prosedur itu dijalankan dan rakaman litar tertutup (CCTV) telah dirampas oleh pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×