Pelakon Jenna Ortega akhirnya membuka mulut menjawab khabar angin dirinya sedang hangat bercinta dengan aktor kontroversi, Johny Depp.
Artikel Berkaitan: Pakar Bedah Tangan Dakwa Cerita Punca Luka Di Jari Johnny Depp Tidak Tepat
Artikel Berkaitan: Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi
Jenna tampil bersuara
Aktres jelita yang berusia 21 tahun itu menepis khabar angin tersebut dan percaya bahawa dakwaan itu mungkin tercetus selepas dia dan Johny, 61 dikhabarkan terbabit dalam filem Beetlejuice.
Ia mengarut sehingga saya sendiri tak boleh nak ketawa. Saya tak pernah bekerjasama dengan Johny. Tolong jangan sebarkan fitnah dan jangan ganggu kami.
Sementara itu, jurucakap Depp turut tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Jenna. Malah mereka berdua juga tidak pernah bertemu.
Dia tidak pernah jumpa atau bercakap dengannya. Dia tidak terbabit sebarang projek dengannya atau ada niat itu.
Dia terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin memfitnah itu yang bertujuan mencalar reputasi serta karier pelakon terbabit.
Sumber: USA Today