Baru-baru ini, viral video tangisan Datuk Yusof Haslam mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang mengambil keputusan berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga.
Artikel berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Tetap Pendirian Nak Fail Cerai
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Syamsul & Kapsyen Sweet, Ira Kazar Buka IG Baru?
Artikel berkaitan: ‘Dah Keluar Gua, Tapi Play Victim Pula’ – Puteri Sarah
Berikutan daripada itu, pendakwah bebas, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman berharap orang luar dapat mengambil iktibar berhubung isu tersebut.
Mungkin atas sebab kecewa
Menurut Tarmizi, setiap anak perlu mencari jalan penyelesaian sekiranya ada mengguris hati ibu bapa. Sebagai orang luar, Tarmizi turut meluahkan rasa tersentuh apabila menonton video terbabit. Tarmizi juga percaya dan pasti ada sesuatu yang menjentik hatinya.
Moga kita tidak menjadi anak-anak yang mengguris hati ibu dan ayah kita. Bagaimanapun, kita ini hanya manusia biasa. Kalau kita guriskan hati mereka, carilah kesempatan untuk memperbetulkan, memohon maaf dan menjernihkan kembali apa yang keruh. Pada saya, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semoga Allah beri panduan buat kita.
Apa yang membuatkan saya tersentuh berkaitan isu ini adalah apabila seorang ayah menitiskan air mata. Seorang ayah ini jarang menitiskan air mata di khalayak ramai. Selalunya mereka ini lebih gemar menyendiri atau duduk termenung seorang diri dan menangis. Dia menitiskan air mata itu mungkin atas sebab kecewa. Namun, saya rasa jauh di sudut hatinya, mungkin dia berasa gagal sebagai seorang bapa. Ini hanya sekadar pandangan. Mungkin perasaan itu yang bermain di fikirannya. Mungkin juga dia menyalahkan dirinya sendiri.
Pada masa yang sama, Tarmizi berharap isu berkaitan konflik rumah tangga yang tular di media sosial ketika ini menjadi pengajaran buat semua.
Isu ini sangat sensitif tapi menjadi pengajaran buat saya sebagai suami serta individu lain yang masih memiliki ibu dan ayah serta keluarga mentua. Pada pandangan saya eloklah jika individu yang terbabit ambil satu langkah agar isu yang berlaku tidak lagi diperbesarkan. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: Harian Metro