Berat mata memandang, berat lagi ujian yang perlu ditanggung pasangan ini apabila anak bongsu, Nur Ardhania Firha Mohd Fiqri disahkan menghidap sindrom Apert. Sindrom apert menyebabkan jari kedua-dua belah kaki dan tangan bercantum, tempurung kepala tidak normal dan saluran pernafasan sempit.
Ibu kenapa tangan baby?
Ibu, Siti Nur Aisyah ketika dihubungi Harian Metro memberitahu jari tangan anaknya kembali normal selepas menjalani pembedahan pada tahun 2018 dan 2019. Namun, jari kaki masih dalam keadaan sama.
Ibu, kenapa tangan baby (nama gelaran) macam ini?
Mengimbau kembali kenangan ketika menerima perkembangan bayi daripada doktor, dia mengakui sangat terkejut sehingga pitam.
Anak yang mudah dijaga
Namun baginya, anak bongsunya itu adalah anugerah Allah SWT yang perlu dijaga sebaiknya.
Memang terkejut apabila doktor memberitahu saya mengenai keadaan Nur Ardhania sebelum melahirkannya kerana tiada ahli keluarga saya mempunyai masalah berkenaan.
Bagaimanapun, rasa sedih itu cuma sementara kerana selepas melahirkannya dan hingga kini, saya dapat menerima serta mengakui dia anak mudah dijaga.
Alhamdulillah, anak saya yang lain dan seluruh keluarga dapat menerima Nur Ardhania, tetapi ada segelintir individu memandangnya dengan pelik apabila saya membawa membawanya ke klinik.
Tambahnya lagi, Ardhania perlu menjalani beberapa pembedahan dari semasa ke semasa dan terbaru pada 20 Julai.
Dana hasil sumbangan
Dia bersyukur kerana kos pembedahan sebanyak RM46,800 dapat dikumpul hasil sumbangan daripada orang awam. Kisah anaknya mula mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik rakannya di laman sosial.
Sumber : Harian Metro , Aisyah Yusof