berita

Jari Dah Berinai, Wanita Menangis Bakal Suami Tak Datang Majlis Nikah ‘Dah Call 300 Kali Tapi Tak Angkat’

July 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hari perkahwinan merupakan detik bahagia yang dinanti-nantikan oleh setiap bakal pengantin. Kehadiran insan istimewa yang digelar sebagai pasangan hidup pastinya memberi makna terindah dalam kehidupan berumah tangga.

Artikel Berkaitan: Lagi 2 Bulan Nak Kahwin, Tiba-Tiba Calon Suami Minta Putus, Wanita Terkejut Bila Tahu Punca Sebenar!

Namun berbeza pula dengan kisah yang menimpa seorang wanita ini apabila keterujaan mendirikan rumah tangga akhirnya ‘musnah’ dalam sekelip mata sahaja selepas bakal suaminya dipercayai ‘menghilangkan diri’ sebelum majlis nikah.

300 kali call tak angkat

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Dakwa wanita ini, segala persiapan perkahwinan termasuk hantaran, pakaian dan sebagainya sudah pun dilakukan. Namun siapa sangka, sejak dari malam berinai lagi, wanita ini sudah cuba menghubungi lelaki tersebut sebanyak 300 kali tetapi malangnya tiada sebarang jawapan yang diterima.

Difahamkan, mereka berdua sudah berkenalan sejak dari tahun 2019 lagi. Menerusi satu rakaman live di TikTok, wanita ini mengakui redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuknya namun dia tidak menolak sekiranya masih berjodoh dengan lelaki itu. Menerusi video lain, kelihatan wanita ini masih gagahkan diri memakai busana pengantin sebagai tanda kenangan.

Persiapan dah siap

@sulongnakal09_Kenal dari 2019 /2021 ingin membina Rumah tangga ? dan mekaseh untuk segalanya ? mekaseh untuk keputusan hari ini .? bunyi asal – Sulongnakal?

@sulongnakal09_Mekaseh yang mana doa yang baik baik dan mekaseh yang mana bagi semangat ???takdir dan kita kene redho ??? bunyi asal – Sulongnakal?

Rakaman dari live TikTok

@akakcantikkkSemoga kuat awk @sulongnakal09_ ##foryoupage ##fypberanda ##fyp ##esekeli ##farah? Cinta Tak Harus Memiliki – ST12

@milachantika4dia yg tk jadi kwin tpi sy yg rsa sedih nitik air mata tgok live dia td? allah bert btul ujian akk ? tag akk@sulongnakal09_ ramai ii? strong girl?? bunyi asal – ?;_.?????_.?????

Mengalir air mata

@th4y4n444.coBalas kepada @mishanadzirah2718? bunyi asal – Dayanaaaaa. ?

Sumber: Sulongnakal09, Akakcantikkk, Milacantika4, th4yn444

SKIP THIS AD ×