Foto: Emy Salina
Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang merupakan momen yang paling sukar untuk diterima. Namun, sebagainya hambaNya kita terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Seperti perkongsian wanita cekal dikenali sebagai Emy Salina di laman Facebook, berkongsi kisah yang cukup meruntun hati apabila anaknya yang dikandungkannya telah meninggal dunia. Al-Fatihah.
Kisah 2 Ramadan
Foto: Emy Salina
Menerusi posting tersebut, wanita ini menceritakan kejadian itu berlaku pada hari kedua umat Islam menyambut bulan Ramadan. Pada pukul 12.30 tengah malam, dia merasakan rasa sakit dan ‘mengeras’ di bahagian perut dan pinggang, dan ketika itu cuba untuk mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Namun, pada mulanya dia sama sekali tidak mengesyaki apa-apa langsung berikutan dapat tidur dengan nyenyak pada malam tersebut.
Sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 ++ minggu agak sukar untuk saya tidur, mana taknya, dengan tendangannya, sikunya memusing-musing, sungguh aktiviti baby time tu..tapi malam 2 Ramadan tu tiada sebarang gerakkan, dan saya tidur nyenyak sampai pukul 5 pagi.
Ketika bangun dari tidur, wanita ini sama sekali tidak ‘terfikir’ akan bayinya yang tidak lagi menunjukkan sebarang respon berikutan sibuk menyediakan jaudah bersahur.
Dah selesai bersahur dan solat Subuh. kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah. Hati memang rasa lain macam, tapi mengenangkan memang saya ada appointment dengan doktor dan misi pukul 8 pagi. Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus ke hospital, klinik ibu anak, awal tu jumpa misi dulu, time dok cari bunyi jantung tu memang tak dengar sebarang bunyi, panggil la sorang misi buat benda yang sama, tak dengar.
Al-Fatihah Muhammad Al Ramadhan
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, jururawat ketika itu memberi arahan untuk mengimbas (scan) kandungannya namun, apa yang lebih meruntun hati apabila tidak sebarang pergerakan jantung yang ditunjukkan oleh anaknya. Pada masa yang sama, wanita ini turut meluahkan rasa sedih, kecewa, dan marah terhadap diri sendiri susulan insiden yang terjadi.
Berat tangan nak bagitau suami, tapi saya gagahkan juga waktu call suami dengar ja suara dia saya dah macam orang gila time tu. Tak boleh cakap, menangis ja saya gagah juga bagitau suami yang anak kita dah tak ada dah meninggal.
Setibanya di hospital, seorang doktor pakar sakit puan turut mengesahkan perkara tersebut dan wanita ini diarahkan untuk menjalani pembedahan dengan segera berikutan perut anaknya yang dilihat semakin membuncit.
Pukul 2 lebih macam tu, saya kena cezer, waktu cezer tu doktor terkejut saya operate dah 4 kali. Yang last ni jadi 5 kali, rahim saya cantik lagi. Mudah nak belah dan jahit semula, jadi saya bagitau doktor tak payahlah ikat kalau dah cantik.
Tapi doktor suruh ikat juga takut risiko kalau mengandung lagi. Bayi keluar berat 3.09 kg, besar juga, anak lelaki. Alhamdulillah cukup sifat, habis ja operate, saya masih menunggu misi bawa bayi mai kat saya. Sebab nak belai dia, nak peluk dia, sekali lagi saya terkilan. Dok tunggu-tunggu tapi tak kunjung tiba, rupanya bayi dah selamat dikebumikan…Ya Allah..berat sungguh ujian Mu ya Allah.
Sumber: Emy Salina