Pelakon Jasmine Suraya melakar sejarah apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang lakonan di sebuah akademik terkemuka dunia, Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’ – Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belajar Secara Berperingkat’ – Jasmine Suraya Gembira Hadir Majlis Agama & Kelas Tahfiz
Lee Strasberg Theatre and Film Institute
Ketika ditemui OhBulan!, Jasmine berkata disebabkan itu dia terpaksa berehat seketika daripada bidang seni selama setahun bagi memberi fokus pada pengajiannya yang akan bermula pada Januari tahun hadapan.
Lebih membanggakan akademik tersebut berjaya melahirkan beberapa nama besar seperti Angelina Jolie, Lady Gaga dan ramai lagi.
Saya berada dalam industri ini sudah lebih kurang tujuh tahun dan ini bukan satu pengumuman yang mudah untuk saya buat. Saya akan berehat sementara dalam dunia lakonan sebab nak melanjutkan pengajian di Los Angeles di Lee Strasberg Theatre and Film Institute.
Kalau tidak silap saya, saya merupakan orang Malaysia pertama dan satu-satunya orang asia yang berjaya melanjutkan pengajian dalam akademi itu. Antara alumni yang berjaya dilahirkan ialah Angelina Jolie, Scarlett Johansson, Chris Evans dan Lady Gaga.
Jasmine berkongsi berita gembira itu ketika diitemui pada majlis makan tengah hari dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang berlangsung di Sudu House, Ampang pada Jumaat.
Berkongsi lanjut mengenai pengajiannya, aktres berusia 34 tahun itu berkata dia telah melalui proses yang agak rumit sebelum berjaya menempatkan diri di akademik tersebut.
Proses pemilihan ke situ sangat-sangat mencabar, saya perlu menulis dua esei untuk ujibakat dan interview. Bila saya dapat tawaran itu saya memang betul-betul terkejut. Adakah saya patut terima atau tidak tawaran itu.
Tapi kalau saya tak terima, ini merupakan peluang keemasan sekali seumur hidup dan saya pun tidak tahu bila lagi akan dapat tawaran sebegini.
Bagi saya ini merupakan satu keputusan yang agak susah, banyak tawaran berlakon yang saya terpaksa lepaskan termasuk tawaran filem dari Indonesia. Tapi saya bersyukur ini adalah peluang untuk sambung belajar.
Saya terpaksa lepaskan perkara yang saya angapp sesuatu untuk jangka masa pendek dan memikirkan tentang jangka masa panjang.
Bakal merindui tanah air, Jasmine berkata dia akan berangkat ke Los Angeles pada Disember depan seorang diri.
Saya akan berangkat pada Disember ini kerana Januari tahun depan kelas lakonan akan bermula. Saya mahu menuntut ilmu dari mereka yang hebat-hebat iaitu pemenang-pemenang oscar.
Selepas berbincang dengan keluarga, rakan terdekat dan pihak pengurusan, saya dengan lapang dada meninggalkan sekejap kerja yang saya minat ini untuk tempoh setahun.
Syukur mereka semua memberikan galakan. Malah selepas tamat pengajian, saya bakal menaikkan profil kerjaya saya kepada satu tahap yang lebih baik dalam bidang lakona.
Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal tampil dengan sebuah filem arahan seorang pengarah terkenal dari Hong Kong tidak lama lagi.
Selain itu, dia juga dalam fasa menyelesaikan drama bersiri Racun Rihanna yang bakal disiarkan di TV3 bersama para pelakon yang hebat seperti Rita Rudaini, Intan Najuwa dan Azah Aziz.