berita

‘Jatuh Air Mata Jantan….’

January 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan cahaya mata sebagai anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti mereka akan teruja apatah lagi ini pengalaman pertama bergelar ayah dan ibu.

Bermacam cara dan kaedah untuk memberitahu berita gembira ini kepada suami. Lihat sahaja video sweet yang dikongsi Ida Abdul ini, pasti korang akan rasa terharu dan mengalirkan air mata juga.

Sweet sangat!

https://www.facebook.com/idaabdulofficial/videos/3410805268961593/?epa=SEARCH_BOX

Menerusi Facebook Ida Abdul, dia berkongsi video reaksi suaminya semasa menerima khabar gembira mengenai zuriat pertama mereka. Video yang berdurasi 1:35 saat itu menunjukkan reaksi suaminya yang terkejut dan menangis apabila melihat alat ujian kehamilan, diserahkan kepadanya sewaktu mereka berada di dalam kereta.

Ternyata kejutan yang dilakukan itu sangat bermakna buat mereka apatah lagi, suaminya memohon agar dia menjaga kesihatan dan pemakanan selepas ini.

Sebak rasa hati

Rata-rata netizen sebak melihat kejutan dan reaksi suami wanita tersebut semasa menerima berita gembira mengenai kehamilan isteri tercinta. Netizen turut mendoakan pasangan tersebut dimurahkan rezeki dan segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Ida Abdul

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×