Viral sebuah rakaman video di TikTok memaparkan seorang wanita sanggup menjual gelang tangan emas miliknya demi membeli sebuah komputer riba buat anaknya.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Anak Angkat Sedih, Bapa Tunggal Sanggup Pakai Rambut Palsu & Gaun Sempena Hari Ibu
Demi anak sambung belajar
Menerusi video berdurasi 1:12 saat itu, wanita ini kelihatan mengalirkan air mata sewaktu memberitahu juru jual bahawa dia hendak ‘menolak’ gelang emas miliknya demi mendapatkan komputer riba buat anaknya yang hendak melanjutkan pengajian di universiti.
Assalamualaikum. Mak cik nak cari laptop dekat anak. Ada orang bagitahu ada jual dekat sini. Mak cik nak tengok bayaran dia macam mana. Kalau cukup boleh la beli cash. Kena tengok la dulu. Mak cik kira nak bagi gelang je dekat cik. Gelang ni pak cik la beli. Pak cik beli hari ulang tahun perkahwinan. Sayang nak tolak. Tapi dia lagi penting, dia nak belajar. Kita berkorban. Nanti ada duit beli lain.
Menerusi rakaman video tersebut, wanita ini memberitahu bahawa gelang emas itu merupakan pemberian suaminya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Disebabkan itu, dia terlalu sayang untuk menjualnya.
Tidak sampai hati mendengar kisah wanita berkenaan, juru jual tersebut menyuruh wanita itu menyimpan gelang emas miliknya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu demi melihat anak-anak berjaya. Netizen turut berdoa agar wanita ini dilimpahkan rezeki dan anaknya itu akan berjaya suatu hari nanti.
Video
@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fyp? #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah
Sumber: Asiah