berita

Jatuh Terjelepok Semasa Persembahan, Puji Amy Search Tetap Bertenaga Hiburkan Peminat

November 17th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi ‘rock’ lagenda, Datuk Amy Search mencuri perhatian warganet apabila jatuh terjelepok semasa membuat persembahan di sebuah konsert.

Artikel Berkaitan: Amy Search, Hael Husaini & Anna Jobling Bakal Meriahkan Konsert Anak Muda GEGOR Bera Sabtu Ini!

Artikel Berkaitan: Berjaya Atau ‘Terciduk’? Saksikan Ikon Rock Amy Search Dalam Episod Akhir ICSYVMY4 Ahad Ini

Jatuh waktu melompat turun

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, penyanyi lagenda terbabit dilihat berlari lalu memanjat sebuah pembesar suara bagi menyapa peminatnya dari atas. Walau bagaimanapun, selebriti berusia 64 tahun itu terjatuh terjelepok ketika melompat turun dari alat berkenaan kerana gagal mengimbangi badan. Namun, penyanyi lagu Isabella itu segera bangun dan kembali menyambung nyanyiannya.

Dalam pada itu, ramai beranggapan penyanyi otai tersebut masih cergas dan lincah walaupun sudah memasuki fasa warga emas. Malah, rata-rata netizen memuji semangatnya untuk menghibur dan memberikan yang terbaik buat peminatnya.

Untuk rekod, penyanyi ‘rock’ terbabit hadir bagi menjayakan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera’ sempena Karnival Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Bera pada 12 November lalu.

Video

@rudyjerung2

Membalas kepada @putribalqis35 #pawana #amysearch #searchpawana #stadyotai #fyp??viral #rockdulu2 #peewiit

? bunyi asal – rudy jerung? – rudy jerung?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×