berita

Berjaya Atau ‘Terciduk’? Saksikan Ikon Rock Amy Search Dalam Episod Akhir ICSYVMY4 Ahad Ini

July 31st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Program realiti mencari penyanyi sebenar I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) yang bersiaran pada setiap hari Ahad tepat jam 9 malam di TV3 akan melabuhkan tirai pada minggu ini. Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan itu dikendalikan oleh dua pengacara terkenal iaitu Shuk Sahar dan Sean Lie.

Artikel Berkaitan: I Can See Your Voice Malaysia Musim Keempat Bermula 16 Mei, Episod Pertama Istimewa Edisi Raya

Artikel Berkaitan: Ikut Sangat Cakap Hael, Yonny Boii Pasrah Terpaksa Duet Dengan Penyamar Dalam ICSYVM

Artikel Berkaitan: Awal-Awal Lagi Ernie Zakri Dah Buang 4 Penyanyi Sebenar Dalam ‘ICSYVM’, Mujur Pilihan Terakhir Macam Tok Ti

Final episod!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Program ICSYVMY4 setiap minggu berjaya menghiburkan para penonton di rumah dan membuatkan ramai yang berteka-teki adakah individu tersebut merupakan penyanyi sebenar mahupun penyamar. Seperti tiga episod lepas, artis jemputan ICSYVMY4 iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter, dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka bagi mengenal pasti penyanyi sebenar.

Kalau korang nak tahu episod akhir ini menampilkan penyanyi rock terkenal Amy Search selaku artis jemputan dan panel penyiasat jemputan terdiri penyanyi dan pengacara terkenal iaitu Hazama dan Ain Edruce. Jadi kalau korang nak tahu power tak power ikon rock Malaysia dalam mencari penyanyi sebenar jangan lupa tengok nanti!

Jadi tunggu apa lagi! Korang kat rumah tu jangan lupa saksikan episod akhir I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) Ahad ini (1 Ogos) tepat jam 9 malam di TV3 atau boleh tengok terus menerusi pautan Tonton. Korang juga jangan lupa untuk gunakan #ICSYVMY di platfom media sosial bagi merancakkan lagi perbualan.

SKIP THIS AD ×