berita

‘Jauhi Dadah.. Banyak D ni’ – Tak Malu Kongsi Result PT3 Anak, Ini Pesanan Win Sharifah Shahira

December 20th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Melihat anak berjaya menjadi insan berguna dan cemerlang dalam pelajaran merupakan impian semua pasangan ibu bapa. Melihat mereka mampu menjalani kehidupan dengan baik juga mampu membuatkan ibu bapa menarik nafas lega.

Selebriti, Sharifah Shahira walaubagaimanapun tidak malu untuk berkongsi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) anak lelakinya. Walaupun tidak begitu cemerlang ini pesanan win Sharifah Shahira! Terhibur!

‘Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup’

Dari zaman mak dia sampai la ke anak D je. Apa ni… Adoiiiii. Dah cakap kat suami suruh pergi pagi-pagi ambik satu je A. Jangan hina anak kita…tau.. Kita pun macam tu dulu. Tapi kita bayar tax. Rajin gi rumah orang kahwin. Rajin gi spital tengok orang sakit, bergantung kalau tak busy.

Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup. Supaya hormat org tua dan tak macam orang lain komen kecikkan hati orang. Ye
hidup gelak ketawa dan kecewa. Biasa ye. Tahniah yang dapat A. Jauhi DADAH. Banyak D ni.

‘Mungkin salah saya’

Bercakap kepada Harian Metro, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera berkata dia sudah dapat menjangkakan keputusan yang diperoleh anak, Airell Zulkifly, dan sama sekali tidak memarahinya.

Saya kena adil. Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan, jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram.

Saya tahu tahap akademik anak. Tak tahu nak buat apa lagi tapi mungkin salah saya kerana kurang beri perhatian kepadanya.

Walaupun menghantarnya ke pusat tuisyen, tapi saya lihat minatnya lebih kepada menonton YouTube. Namun saya sering memberi nasihat dan mengingatkan dia mengenai kehidupan dan masa depan

Tambah Shiera lagi, dia tidak kisah dengan tanggapan orang ramai mengenai keputusan anak. Dia sebagai ibu lebih mengenali anaknya.

Tak rasa anak malu result dikongsi

Anak sudah dapat jangka saya akan kongsikan keputusannya di Instagram. Saya tak rasa dia malu atau sedih sebab ada perkara lain yang dia tak suka saya kongsikan di Instagram berbanding keputusannya itu.

Shiera turut mengakui guru di sekolah pernah mencadangkannya untuk menghantar anak ke sekolah swasta. Namun, dia secara peribadi berpendapat itu bukanlah jalan yang terbaik. Sebaliknya, dia mahu menyimpan duit kerana mahu menghantar anak menyambung pengajian di peringkat kolej.

Sumber : Harian Metro , Shiera Ijoy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×