berita

MK K-Clique Jawab ‘Insya-Allah’ Bila Ditanya Soal Kahwin, Peminat Wanita Mula Patah Hati – ‘Habislah Satu Malaysia Murung Pula’

October 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi rap MK K-Clique membuka ruangan Ask Me Question di laman Instagram (IG) miliknya. Ternyata tindakannya itu telah menarik perhatian peminat untuk menanyakan apa sahaja soalan yang ingin diketahui.

Ciri-ciri wanita idaman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Menerusi sebuah hantaran, MK telah memuat naik sebuah video yang memaparkan beberapa soalan untuk dijawabnya. Antara yang disoal adalah mengenai ciri-ciri calon wanita pilihan.

Wanita bertudung atau ‘free hair’?

Sambil ketawa, pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan menjawab;

Berhijab apabila di khalayak ramai atau di tempat umum, free hair nanti bila dah halal dengan saya ya.

Selain itu, pelakon drama The Hotel juga memberi jawapan ‘insya-Allah’ ketika diajukan soalan sama ada dia sudah ingin menamatkan zaman bujang.

Peminat wanita sedih

Menjengah di ruang komen, rata-rata pengikut terutama golongan wanita membanjiri ruangan tersebut.

Ada segelintir yang masih cuba ‘mengorek rahsia’ siapa identiti wanita yang bertuah itu. Malah, ada dalam kalangan wargamaya yang  beranggapan MK akan berkahwin tidak lama lagi.

@sugardollmalaysia: Nak kahwin dah ke?

@suzanasaad16: Soalan saya bila nk kahwin, nak kahwin dengan siapa? Itu saja soalannya.

@_.aqeelaaa: Bakal isteri MK selebriti juga ke? Tolong jawab.

@nabilahizzaty_: Nak kahwin dah lah tu, habislah satu Malaysia murung pula lepas ni.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

SKIP THIS AD ×