Selepas individu yang tidak dikenali dedah perangai buruk di Instagram, ramai yang tak percaya dengan dakwaan itu. “Eh betul ke Remy Ishak macam tu?”, “Eh, takkan lah kot..”, “Mustahil lah!” dan macam-macam lagi lah..
Artikel berkaitan: Wanita Ini Berani Dedah Sikap Buruk Remy Ishak
Berhubung dengan kes itu, Remy Ishak bersuara dan mengatakan dia malas nak layan isu macam tu dan perkara ni bukan sekali jadi kat Remy. Jom baca penjelasan pelakon melayu terakhir ni.
“Bukan pertama kali berlaku..”
Menurut Remy Ishak, dia tak tahu apa yang individu buat dakwaan tu tak puas hati sangat dengan dia. Kata Remy lagi, dia pun dah malas nak layan benda macam tu.
Saya sendiri tidak tahu dendam apa yang individu berkenaan simpan dalam hatinya sehingga membuat fitnah seperti itu kepada saya dan ia bukan pertama kali berlaku.
Pada saya mudah, buat tidak tahu sahaja dengan tuduhan berkenaan kerana ia tidak akan berhenti. Hendak sekat akaunnya di Instagaram, dia boleh hasilkan yang lain.
Jadi buat apa hendak layan perkara sedemikian dan saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Jadi biarlah.
Sabar lah gadis di luar sana, Remy dah berpunya
Selain tu, Remy akui yang sekarang ni tengah menjalinkan hubungan dengan Roszaliza Yusof dan mereka dah saling mengenali sejak dua tahun lalu. Ehemm..
Benar saya rapat dengannya sejak dua tahun lalu tetapi saya jarang bercakap mengenai soal cinta kerana ia terlalu peribadi buat saya.
Saya pula memang seorang yang tidak suka menonjolkan sesuatu hubungan itu kerana bimbang nanti jadi fitnah tambahan pula masih belum ada ikatan yang sah.
Ada rancang pasal kahwin
Kekasih Remy, Roszaliza Yusof memang diorang merancang untuk berkahwin tetapi serahkan kepada jodoh. Roszaliza Yusof juga menafikan Remy seorang lelaki yang liar.
Benar kami sedang berkawan dan tentang kahwin, Insya Allah memang ada perancangan tetapi semua itu kami serahkan kepada jodoh.
Saya senang dengan Remy kerana dia adalah seorang lelaki bertanggungjawab dan bukan seperti mana dilabel oleh sesetengah pihak
Elok lah tu masing-masing dah mengaku boyfriend girlfriend kan? takde lah orang cakap buruk lagi. Kami doakan hubungan pasangan ni berkekalan hingga ke jinjang pelamin ye.. Amin!
Sumber: mStar Online