Pelakon Jay Iswazir sudah menyerahkan notis tuntutan atau ‘LOD’ (letter of demand) kepada bekas isteri, Fatimah Azzahra Ahmad susulan tindakan aktres itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
Artikel Berkaitan: Azzahra Ahmad Dedah Punca Penceraian, Jay Iswazir Desak Gugurkan Kandungan – ‘Baru Kahwin 3 Bulan Dah Kena Belasah’
Artikel Berkaitan: Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’
Kenyataan berbaur fitnah
Menerusi sebuah kenyataan, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.
Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa aktor itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.