Anak kepada penyanyi Jay Jay iaitu Cammy Fauzi memaklumkan bapanya kini sedang menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Black Hanifah Pulih Dari Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Anak Tekak – ‘Saya Ingatkan Terkena Sihir’
Artikel berkaitan: Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan – ‘Aku Lambai Simpati Tapi Tak Ada Kereta Yang Berhenti’
Keadaan bertambah baik
Memetik laporan Harian Metro, Cammy berkata, bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu.
Namun selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi, Jay Jay menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya bertambah baik.
Tidak berapa lama selepas pembedahan itu, kesihatan ayah kembali merosot akibat diserang angin ahmar.
Disebabkan serangan itu, ayah lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan.
Terdahulu, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus selamat menjalani pembedahan pintasan jantung selama empat jam dan sedar selepas sembilan jam kemudian.
Sejurus sedar dari pembedahan, dia tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa.
Menerusi pemeriksaan melalui CT scan (imbasan tomografi berkomputer), terdapat sesuatu mengganggu saraf di dalam fungsi otak namun ia bersifat sementara dan tidak serius.
Sumber: Harian Metro