Penyanyi Jay Jay dikhabarkan bakal menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Dapat Bayaran Lumayan Untuk Nyanyi Lagu Rindu Bayangan’ – Jay Jay
Artikel Berkaitan: Gandingan Siti Nurhaliza, Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Konsert Satu Suara Vol.3 Sangat Mega, Tidak Terkalahkan!
Keadaan nampak okay
Menurut penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi, dia dapat tahu mengenai berita Jay Jay dimasukkan ke IJN melalui penyanyi Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan.
Saya dan isteri terus ke IJN bersama Rozita untuk melawat abang Jay Jay semalam. Keadaan abang Jay Jay okay. Dia boleh bercakap dan selera makan macam biasa. Ada isteri dan anggota keluarga lain turut menemaninya di wad.
Bercerita lebih lanjut, Azura iaitu isteri kepada Cheb Ali memberitahu pelantun suara ‘Joget Angan Tak Sudah’ itu sendiri tidak tahu bahawa dirinya menghidap penyakit jantung sebelum ini.
Abang Jay Jay tak percaya dirinya ada sakit jantung kerana tidak pernah buat ‘check up’ (pemeriksaan kesihatan) seumur hidupnya. Dia mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Azura berkata, dia dan suami bakal mengadakan majlis doa selamat secara online (maya) untuk Jay Jay dan semua anak seni yang diuji penyakit ketika ini.
Kami juga mohon semua peminat untuk sama-sama mendoakan pembedahan itu berjaya dan Abang Jay Jay segera sembuh.