Pernah tak korang dengar istilah gemuk air dan gemuk angin? Kata orang gemuk air berpunca daripada terlalu kerap memakan makanan berserat dan berperisa tinggi. Kandungan garam berlebihan dalam badan dan kurang minum air masak didakwa turut menjadi punca gemuk jenis ini.
Tapi, tahukah korang jenis-jenis gemuk sebenarnya tidak wujud. Pakar pemakanan, Fizah Sobri beri penjelasan lanjut mengenai mitos ini.
Tiada istilah jenis-jenis gemuk
Hangpa ni memang sajaaaaa je nak suh cik bebel pagi pagi ni
Tahu tak badan manusia merupakan satu ciptaan Tuhan yang sangat amazing? Jika anda SIHAT badan mampu untuk mengawal pelbagai perkara untuk kekal berfungsi dengan baik. Minumlah banyak mana nanti anda kencing banyak. Makanlah makanan masam (ph rendah). pH darah tetap akan kekal sama. Celah mana pulak datang jenis-jenis gemuk ni? Meh dietitian kupas kenapa jenis jenis gemuk tak wujud.
GEMUK AIR
Dalam badan 45-55% adalah dari cecair (darah, air dalam sel, air liur dan lain lain) bukan air kosong seperti yang kita minum tu. Kalau anda minum air lebih (macam yang nak diet sampai minum lebih 2L sehari) badan anda tidak akan menyerap air yang banyak banyak tu tapi keluarkan melalui air kencing. JIKA ANDA SAKIT seperti ada masalah buah pinggang baru anda akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan dan antara simptomnya bengkak kaki dan tangan sampai apabila tekan dengan jari bekas tekan tu tak hilang tau.
Nak sangat gemuk air? Taknak ngaku gemuk? Haaa mintala tu tanda sakit buah pinggang
Ada satu jenis gemuk sahaja
GEMUK ANGIN
Ni lagi rasa nak face palm. Ye memang apabila makanan beberapa jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut/sendawa tapi mana ada angin tu nak simpan celah kulit, organ bagainya. Kalau ada dalam perut sekejap je. Anda lepas (lepas senyap ke bunyi kuat ke) dah selesai.
Kenapa jadi begini? Sebab ada jenis jenis makanan terutama yang berubi dan kacang kekacang menjadi probiotik/keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih. Dapat makan banyak, probiotic ni menghasilkan pengeluaran banyak dan ini membawa kepada pengeluaran gas banyak.
Gemuk angin? Mengaku jela kentut takyah nak cakap gemuk angin. Malu sekejap je, kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit.
GEMUK TOKSIN
Ni paling tak tahan. Tengah pikir-pikir macam mana boleh dapat idea gemuk toksin? Yang buat ni pun boleh tahan kreatif. Seperti biasa badan adalah perfect jika anda sihat dan mampu keluarkan toksin sendiri. Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang tiptop. Tak perlu nak amalkan detoxification diet la, ubat bersihkan kerak usus la sebab semua badan pun sudah buat dengan lebih mantap. Kalau toksin naik sikit je dalam badan tak perlu sampai ke gemuk toksin pun. Kesannya anda terus rasa seperti gatal gatal kulit, kulit/putih mata warna kuning, letih lesu. Ni semua antara tanda tanda buah pinggang dan hati makin rosak
Tu saya pesan jangan cakap anda gemuk toksin. Mengarut.. tu ibarat anda doakan diri sendiri sakit.. Nak sakit ke?
ADA SATU JENIS GEMUK SAJA
Iaitu GEMUK LEMAK. Tiada istilah berat tulang. Tulang makin tua makin ringan ada jugak. Tiada istilah berat otot. Kalau banyak otot takkan 1 pack je perut tu. Tiada istilah berat dosa. Dosa tak boleh ditimbang di penimbang, kalau boleh confirm semua taubat kan.
Terima jela hakikat GEMUKS IS GEMUKS. Hanya gemuk lemak sahaja wujud.
Sumber : Dietitian Fizah Sobri