Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki yang memuat naik status bertanyakan pendapat mengenai poligami di laman Facebook teruk dikecam wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Tabahkan Diri Pergi Fitting Baju Kahwin Meski Sedar Hubungan ‘Dihujung Tanduk’
Isteri asyik beranak ‘baby girl’
Menerusi status dimuat naik menerusi group IRDK (Kelantan) di Facebook, lelaki berkenaan bertanya adakah salah untuknya berpoligami kerana menginginkan kelahiran anak lelaki.
Lebih parah, lelaki tersebut seakan-akan menyalahkan isterinya yang hanya melahirkan anak perempuan sahaja sepanjang mereka berkahwin.
Salah ke minta nikah sorang lagi sebab nak ‘baby boy‘?
Isteri hanya pandai beranak ‘baby girl‘, asyik dapat girl dan girl hmmm.
Susulan itu, lelaki tersebut menerima pelbagai kecaman di ruangan komen.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam lelaki tersebut kerana tidak bersyukur dengan anak yang merupakan pemberian Ilahi.
Mereka juga menyelar kenyataan tersebut dan berpendapat lelaki berkenaan tidak menghargai isteri yang sudah melahirkan zuriat buatnya.
Sumber: Facebook