Seorang lelaki bertindak tabahkan dirinya untuk pergi melakukan sesi ‘fitting’ baju perkahwinan meskipun sedar hubungan cinta bersama bakal isteri akan berakhir.
Artikel Berkaitan: PU Abu Akui Bahagia Hidup Poligami, Syukur Dapat Satukan Semula Dua Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
‘Hujung tanduk’
Menerusi perkongsian di laman TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Ajim berkata meskipun hubungan bersama bakal isteri sudah di ‘hujung tanduk’, namun masih mengharapkan ada sinar antara mereka.
Jelas Ajim lagi, pada mulanya dia juga enggan untuk melakukan sesi ‘fitting’ berkenaan, namun akhirnya dipujuk pihak perancang perkahwinan memandangkan baju tersebut juga sudah siap dijahit.
Hari ini kuatkan diri juga pergi fitting baju kahwin walaupun dah tahu hubungan di hujung tanduk tetapi berharap kekal juga.
Sudah pesan awal dengan wedding planner (perancang perkahwinan) yang saya datang fitting seorang sahaja sebab si dia tidak mahu ambil tahu.
Sebak tengok baju dari jauh sebab fikir sempat ke tak pakai. Tapi wedding planner pujuk untuk cuba juga sebab dah siap bajunya ikut ukuran badan.
Kongsinya lagi, ketika menyarungkan busana berona merah hati itu, dia diselubungi pelbagai perasaan.
Bagaimanapun, percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah dan masih mahu berusaha untuk mempertahankan hubungan yang dibina.
Macam-macam perasaan ada bila sarung baju yang tidak tahu nasibnya. Jadi kenangan terindah atau duka.
Walau apa pun berlaku, saya cuba semampu saya untuk sampai ke tahap ini.
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan Ajim dipermudahkan.
Malah, ada juga segelintir wargamaya yang berkata sekiranya tiada jodohnya kali ini, mereka mendoakan dia dipertemukan dengan wanita lain.
Video
@mizajim_Ada jodoh, teruskan ?? original sound – MKM14
Sumber: TikTok