Pelakon terkenal Indonesia, Jennifer Coppen menafikan khabar angin yang mendakwa suaminya, Yitta Dali Wassink atau Papa Dali terlibat dalam kemalangan kerana di bawah pengaruh alkohol.
Artikel Berkaitan: Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada
‘Itu adalah takdirnya’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Jennifer atau lebih mesra dengan panggilan Mamari memberitahu bahawa suaminya, Papa Dali sering keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan namun suaminya itu tidak mengambil minuman keras.
Bukan itu sahaja, Jennifer turut menegaskan bahawa hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik dan tidak bergaduh seperti yang didakwa.
Banyak cerita di Internet yang kata Papa Dali kemalangan kerana minum arak, bergaduh dengan saya. Ramai ingat kami tak posting apa-apa di media sosial, kami bergaduh, tak duduk sebumbung atau bercerai. Saya cuma nak cakap, yang itu semua sama sekali tidak benar. Kami baik-baik sahaja hingga hari-hari terakhir Papa Dali.
Papa Dali kemalangan masa dalam perjalanan nak jumpa saya. Lepas kami keluar dengan kawan masing-masing, Papa Dali mesej saya beritahu ‘Sayang, saya pulang ya, saya rindu awak’. Lepas dua jam, dia tak balas mesej saya. Ternyata dia sudah tak ada. Itu adalah takdirnya.
Dalam pada itu, Jennifer akui Allahyarham suaminya itu pergi dalam keadaan yang tenang seperti orang sedang tidur.
Papa Dali pergi dalam keadaan seperti orang tengah tidur. Wajah dia tak nampak seperti orang risau atau sedih. Masa kemalangan, Papa Dali tak sedarkan diri di tempat kejadian jadi dia tak merasakan kesakitan. Dia pergi dengan tenang.
Menjawab pertikaian dan persoalan orang ramai mengenai cara pengebumian Papa Dali, Jennifer meminta agar orang ramai menghormati permintaan Allahyarham dan keluarga.
Ramai yang tanya kenapa mayat Papa Dali dibakar (cremation), saya nak semua orang menghormati keputusan keluarga. Itu adalah permintaan Papa Dali, memang dia mualaf tapi dia baru belajar agama Islam.
Sebelum ini memang dia belajar, sebelum makan baca Bismillah, masuk rumah ucap Assalamualaikum. Mungkin sebab belum belajar banyak mengenai agama Islam, jadi dia belum faham sangat agama Islam. Dan itu memang permintaan Papa Dali untuk mengkremasi dan tolong hormati dan hargai keputusannya.
Menjelaskan perkara itu, Jennifer memberitahu majlis tahlil tetap dilangsungkan oleh keluarganya memandangkan Papa Dali seorang mualaf yang baru memeluk dan mendalami agama Islam.
Ramai yang cakap saya tak buat tahlil, saya buat tahlil di rumah. Tapi tak semua benda saya kongsikan di media sosial.
Untuk info, Jennifer Coopen dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Video
Sumber: TikTok