berita

Jeritan Minta Tolong Tak Didengari, Jururawat Dibakar Hidup-Hidup Ketika Berehat Di Klinik

May 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Tribunnews

Seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat mengalami kecederaan parah selepas tubuh badannya dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dibakar hidup-hidup

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang menimpa Eva Sofiana Wijayanti berlaku ketika mangsa sedang berehat di dalam sebuah bilik di tempatnya bekerja yang terletak di Kecamatan Pagelaran, Kabupaten Malang, Indonesia. Namun secara tiba-tiba, dia telah didatangi oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Beat berwarna merah.

Menurut sumber, pada awalnya suspek telah turun dari motosikalnya dan mendekati Eva sebelum bertindak menyimbah petrol ke wajah dan badan wanita ini. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian menyalakan api pada badan mangsa.

Pekerja klinik tolong padam api

Foto: Tribunnews

Eva yang merupakan ibu kepada dua anak ini meronta-ronta dan menjerit kesakitan tetapi malangnya pada ketika itu, tiada seorang pun berada di lokasi kejadian. Tidak lama kemudian, barulah salah seorang pekerja di klinik tersebut menyedari kejadian itu dan segera membantu memadamkan api.

Susulan daripada insiden itu, Eva telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai jaket berwarna hitam dan helmet serta mengenakan pelitup muka. Difahamkan, pihak polis kini sedang giat menjejaki suspek.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×