berita

Ji Soo Mohon Maaf Pernah Jadi Kaki Buli Ketika Zaman Sekolah

March 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Ji Soo tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan mendakwa dia seorang kaki buli dan melakukan keganasan ketika zaman sekolah dahulu.

Ji Soo atau nama sebenarnya Kim Ji Soo mengakui berasa sangat bersalah dengan setiap tindakannya pada ketika itu sehingga meninggalkan kesan terhadap orang lain.

Saya mohon maaf

Ikhlas dari lubuk hati, saya mohon maaf kepada orang yang menderita disebabkan saya. Kesilapan lampau saya sememangnya tidak boleh diterima. Ada perkara yang memang tidak mampu dimaafkan. Sebaik saya mulakan karier lakonan, saya menerima perhatian daripada orang awam mengenai kisah lampau saya. Saya fikir itulah yang membuatkan saya terperangkap dengan situasi sekarang.

Bagaimanapun, sebahagian diri saya sentiasa rasa bersalah dengan masa lampau. Namun, ia sudah terlambat untuk membuatkan saya menyesal. Ia mencetuskan rasa gelisah yang sangat berat untuk ditanggung.

Menurut Ji Soo, dia tidak mampu mengubah kisah lampaunya. Namun, dia hanya boleh berjanji untuk menebus semula kesalahan tersebut dengan berusaha lebih keras menjadi pelakon terbaik.

Mahu muhasabah diri

Saya mahu muhasabah diri serta bertaubat terhadap kisah lampau saya yang tak mungkin dapat dipadam sampai bila-bila. Saya ingin menebus semua kesalahan yang pernah dilakukan dan menyebabkan orang lain menderita selama ini dengan perbuatan saya.

Sebelum ini, pelakon ‘River Where the Moon Rises’ itu mencetuskan kontroversi apabila seorang individu yang mendakwa rakan sekelasnya tampil mendedahkan perbuatan lampaunya. Individu tersebut turut mendakwa pernah menjadi mangsa buli Ji Soo.

Ji Soo dan beberapa orang ahli kumpulannya akan menyerang mangsa yang mereka tidak suka. Mereka akan memukul orang tersebut serta menghina mangsa di khalayak ramai. Malah Ji Soo dan kumpulannya itu turut memaksa rakan sekelas untuk membelikan rokok buat mereka. Lebih teruk, Ji Soo pernah melemparkan makanan tengah hari kepada mangsa mereka. Selepas melemparkan makanan tersebut, kesemua mereka akan ketawa.

Saya sendiri pernah menjadi mangsa buli dan keganasan Ji Soo. Semuanya bermula apabila saya ingin membuat laporan polis berhubung kelakuan salah seorang ahli kumpulan Ji Soo yang mencuri sijil dan hadiah pelajar lain. Oleh kerana mereka mengetahui saya akan membuat laporan, Ji Soo dan kumpulannya telah memerintahkan rakan sekelas yang lain untuk membuli saya. Saya pernah disisihkan oleh rakan, dihina dengan bahasa kasar serta diugut oleh Ji Soo.

Jelas individu tersebut, kes buli itu dipercayai berlaku sekitar tahun 2006 hingga 2008. Tambah individu berkenaan, Ji Soo seorang pelajar yang sangat kasar dan sering melakukan keganasan di sekolah.

Sumber: Soompi 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×