Pada November lalu, timbul khabar angin pengacara dan pelawak Jihan Muse sedang berbadan dua apabila netizen mendakwa seolah nampak ‘baby bump’ namun dia menafikan.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Jihan Muse Cakap Badan Naik Sebab PKP
Hamil & positif Covid-19
Ketika ditemui OhBulan!, Jihan mengesahkan dia sedang hamil enam bulan selepas beberapa kali ‘diusik.’
Kata Jihan, 39, dia mengetahui berita gembira itu selepas melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum mengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya dijadualkan pada Januari lalu.
Allah nak uji, ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selama 10 hari.
Saya dapat tahu dijangkiti virus itu sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ditangguhkan.
Saya bersyukur kerana tidak mengalami simptom yang teruk. Mungkin disebabkan saya sudah vaksin. Cuma saya alami batuk, demam yang teruk tidak ada..alhamdulillah.
Malu nak kongsi
Dalam pada itu, ditanya kenapa dia tidak mengumumkan kehamilan kepada umum, pemilik nama Nuur Jihan Musa berkata dengan keadaan dia sedang dijangkiti virus bahaya itu dia memilih untuk berdiam.
Selain itu, dia juga menuruti nasihat orang tua untuk menunggu ‘baby kuat’ dahulu sebelum menghebahkan tentang kehamilan.
Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil. Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi.
Tambahan pula dijangkiti Covid-19 lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi.
Sekadar makluman, Jihan dan pelakon Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
Sumber: Instagram @jihanmuse