Pelawak dan pengacara, Jihan Muse mengumumkan, kini dalam fasa berehat sementara daripada sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan awal September lalu.
Artikel Berkaitan: Tahniah! Jihan Musa Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keduanya
Artikel Berkaitan: Saya Tidaklah Nak Sembunyikan Wajah Anak Beriya-Iya – Elly Mazlein
Umum rehat sementara
Menerusi satu kenyataan dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud (LOL) Entertainment, pihaknya selaku wakil pengurusan memaklumkan selebriti itu kini berehat seketika kerana mahu memperuntukkan masa bersama keluarganya.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif LOL Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab turut berkata, buat masa ini, Jihan masih berehat sepenuhnya terutama dari program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang diacarakannya sejak beberapa musim lalu.
Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.
Termasuk, dia juga masih dalam tempoh pantang ketika ini.
Bagaimanapun, menurut Abdul Afiq, selebriti berusia 39 tahun itu berasa gembira menyaksikan program tersebut malah sentiasa mengikuti perkembangan program itu. Bukan itu sahaja, Jihan berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara yang tersendiri.
Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program televisyen yang sentiasa ‘trending’ dalam semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini, malah makin meningkat.
Sumber: Media Hiburan