berita

Jijik, Pengotor! Penyewa Tinggal ‘Hadiah’ Bangkai Ular, Najis Haiwan Sebelum Keluar Rumah

January 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kisah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan jijik yang dipenuhi dengan sampah serap seringkali terjadi di Malaysia mahupun luar negara. Individu tidak bertanggungjwab ini dikatakan bersikap lepas tangan dengan membiarkan rumah sewa tersebut kotor seperti tempat pelupusan sampah.

Terbaru, satu rumah sewa di Lanarkshire, Scotland ditemui dalam keadaan yang sungguh menjijikkan. Apa yang lebih mengejutkan apabila najis haiwan, bangkai ular, lalat serta sampah sarap turut ditinggalkan penyewa dalam rumah tersebut.

Dihuni oleh sebuah keluarga

Menerusi laporan The Sun, kisah ini didedahkan sendiri oleh pemilik rumah tersebut iaitu John Stark yang memberitahu dia agak terkejut dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab bekas penyewanya itu.

Tambah John lagi, rumah tersebut telah dihuni oleh sepasang suami isteri bersama tiga orang anak mereka. Keluarga ini dikatakan telah lama menyewa rumah berkenaan iaitu sejak lima tahun yang lalu.

Bangkai ular dalam bekas

Menceritakan kisah itu, John yang juga merupakan seorang tukang paip berkata, dia tidak pernah jumpa rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang terlalu kotor dan jijik seperti ini. Baginya, penyewa tersebut pasti akan melakukan perkara yang sama sekiranya mereka berpindah ke rumah lain dan anak-anak mereka juga terpaksa menanggung nasib malang ini.

Kanak-kanak itu pasti berjalan dengan dikelilingi kucing dan anjing kotor yang berada di merata-rata tempat. Katil juga berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Kami juga menjumpai satu bekas yang dipenuhi dengan bangkai ular yang diurung lalat. Mereka juga turut menggunakan tikus untuk diberi makan kepada ular peliharaan tersebut.

Tak bayar sewa rumah

Sementara itu, John turut memberitahu bahawa pasangan tersebut dikatakan telah meninggalkan rumah berkenaan dengan bil yang masih tertunggak.

Pada setiap bulan, saya sentiasa mesej mereka mengingatkan untuk membayar sewa dan kebiasaanya mereka akan membayar sewa lewat seminggu atau dua minggu.

Kemudian, pasangan ini berhenti bayar sewa sejak setahun yang lalu.

Dalam pada itu, John memberitahu dia telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak sekurang-kurangnya RM80, 000 untuk kos pembaikan rumah tersebut.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×