berita

‘Jika Ada Pihak Yang Patut Dikritik, Kritiklah Kementerian & Persatuan, Bukan Fatin’ – Syed Saddiq

August 30th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas dikecam netizen, atlet wanita papan selaju, Fatin Syahira Roszizi dikatakan telah memadam kesemua gambar di Instagram. Gadis berusia 16 tahun itu menerima kritikan selepas aksinya untuk pusingan penentuan pingat viral di media sosial.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Macam Mana Boleh Wakil Malaysia?’ – Netizen Persoal Kelayakan Atlet Papan Selaju Ke Sukan Asia

Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq di Twitter kesal dengan kelakuan cyber bully tersebut dan berpendapat pihak yang perlu dikritik adalah kementerian atau persatuan.

‘Sorry Malaysia’ – Atlet

Menerusi laporan Stadium Astro, tidak lama selepas acara, atlet ini telah dikritik hebat netizen sehingga beliau mengambil tindakan memadam kesemua gambar di Instagram. Di Instagram story pula, beliau ada memuat naik permohonan maaf dengan kapsyen ‘Sorry Malaysia’.

‘Kita tak berada di tempat dia’

Syed Saddiq berpendapat perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Lagi pula, atlet tersebut baru berusia 16 tahun dan semestinya berasa sangat tertekan. Beliau turut memberitahu jika ada pihak yang harus dikritik, kritiklah kementerian dan persatuan bukan atlet tersebut.

Sumber: Syed Saddiq , Stadium Astro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×