Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang memberikan kata-kata semangat selepas dirinya kehilangan bapa tercinta pada Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Mohon maaf tak sempat jawab
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memohon maaf kerana tidak sempat untuk membalas setiap mesej yang dihantar.
Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan doa dari sahabat, rakan seperjuangan dan saudara mara.
Harap maaf saya tak boleh nak ‘reply’ semua, semoga yang mendoakan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik.
Sharnaaz titip pesan
Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem ‘Polis Evo 3’ turut menitipkan pesan kepada orang ramai di luar sana untuk sentiasa menghargai kedua ibu selagi mereka masih ada.
Ujar bapa kepada seorang anak itu, perit yang dirasai sewaktu kehilangan ibu bapa tercinta adalah sangat dahsyat.
Jika anda masih ada ibu dan bapa, jaga dan sentiasalah buat yang terbaik sementara mereka masih ada.
Perit kehilangan itu sangat sangat dahsyat.
Terima kasih Allah atas dugaan yang hebat, tandanya Dia sayang kita.
Tambah Sharnaaz, seseorang anak itu perlu sentiasa melayan persoalan sama yang sering ditanyakan ibu bapa kerana mereka pasti akan merindui segala bebelan dan leteran sekiranya kedua orang tua itu pergi menghadap Ilahi kelak.
Semasa ada, soalan berulang, berleter semua itu buat kita sakit kepala.
Tetapi kawan, bayangkan bila semua itu tiada, dapat dengar sekali pun jadi lah… Sekali saja.
Tapi bila dah tiada semua itu, sunyi yang maha sunyi. Hargailah ya kawan-kawan.
Terdahulu, Sharnaaz berkongsi mengenai pemergian bapanya yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu menerusi hantaran di IG.
Sumber: IG Sharnaaz Ahmad