berita

‘Jika Benar Hubungan Mereka Sudah ‘Putus’, Mengapa Cincin Tidak Dipulangkan?’- Sumber

February 17th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai status pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Menurut laporan Berita Harian, ibu Elfira Loy, Filzah Yusoff juga telah mengesahkan hubungan anaknya dengan Sufian sudah putus.

Artikel berkaitan: ‘Jodoh Mereka Tidak Panjang’- Ibu Elfira Loy

Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai pula berkata bahawa hubungan Sufia dan Elfira dalam keadaan baik.

Hubungan masih ok?

Menerusi laporan Astro Awani, menurut sumber boleh dipercayai berkata sukar baginya untuk bertanya tentang hal peribadi Sufian. Namun jika benar hubungan mereka sudah ‘putus’, mengapa cincin tidak dipulangkan? Kata Sufian kepada sumber itu.

Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya.

Setakat ini tiada jawapan dari Sufian dan keluarga penyanyi tersebut mengenai hal itu. Elfira pula kini sedang bercuti di New York. Sama-sama kita tunggu maklum balas dari Sufian dan Elfira sendiri.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×