Beberapa hari yang lalu perselisihan faham tercetus antara dua pelakon terkenal, Fazura dan Faezah Elai. Semuanya bermula apabila Faezah Elai mengeluarkan perkataan berbaur penghinaan pada wakil Fazura ketika menyampaikan trofi pada malam Anugerah Telenovela 2018, minggu lalu. Menurut Fazura, perkara itu tidak boleh dipandang ringan.
‘Kalau di Amerika Syarikat, mereka pasti digam..’
Pelakon jelita, Fazura masih berasa marah gara-gara isu pelakon Faezah Elai mempersenda bentuk tubuh penerima trofi yang mewakilinya di dalam satu acara anugerah minggu lalu. Bagi Fazura, perbuatan itu sangat tidak berwibawa dan memalukan pada masyarakat.
Kalau di Amerika Syarikat, mereka pasti digam kerana memainkan isu sensitif seperti itu. Tapi, kita Malaysia seolah-olah dapat menerimanya.
Sebagai selebriti, saya berasa terpanggil untuk menyuarakan perkara seumpama itu sebagai wakil pihak yang tidak boleh bersuara.
Tambah Fazura lagi, penerima anugerah terbabit juga turut alami kemurungan sementara gara-gara insiden itu.
Apa membuatkan saya berasa marah dan sedih adalah kerana wakil penerima trofi itu adalah dari ahli kelab peminat selama lebih 10 tahun.
Sepatutnya dia (wakil) ada acara keluarga tetapi membatalkannya saat akhir kerana mahu mewakili saya malam itu (Sabtu).
‘Saya tidak mahu memandang mudah perkara itu..’
Selain itu, pelakon itu turut berang dengan kenyataan seorang pelawak wanita yang hanya menganggap perkara itu sebagai gurauan di media sosial.
??Saya tidak bersetuju dengan tindakan pelawak itu kerana mungkin perkara itu tidak berlaku kepada dirinya.
Saya tidak mahu memandang mudah perkara itu.
Jika itu bahan jenaka diagungkan, ia memang memang memalukan.
Sumber: Harian Metro