berita

“Jika JAIPs Yakin Kenyataan Kami Tersasar, Saya Cabar Mereka Saman Sivil Ke Atas Saya’ – Ustaz Wadi Annuar

May 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

 

Konflik melibatkan penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dilihat semakin tegang selepas penceramah bebas itu tampil menjawab dakwaan yang dilemparkan pihak JAIPs ke atasnya.

Artikel Berkenaan: Didakwa Tidak Beri Kerjasama Terhadap Ustaz Wadi Annuar, JAIPs Perjelas Perkara Sebenar

Cabar JAIPs untuk saman

Terbaru, Ustaz Wadi tampil memuat naik potongan video di TikToknya berhubung kenyataan dikeluarkan pihak JAIPs ke atasnya yang didakwa telah memberikan kenyataan yang jauh tersasar dengan apa yang telah berlaku sewaktu dirinya menghadiri sesi siasatan.

Malam tadi kenyataan media oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) berkaitan dengan siasatan terhadap saya pada 2 Mei 2023.

Dalam perenggan kedua, JAIPs dalam kenyataan media memaklumkan, kenyataan saya (pada) 2 Mei ‘adalah jauh tersasar dari realiti sebenar yang berlaku di JAIPs’.

Tidak berdiam diri, Ustaz Wadi tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan olehnya ada benar dan mencabar pihak JAIPs untuk menyamannya sekiranya yakin kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini jauh tersasar.

Maka saya pada hari ini (3 Mei) menegaskan bahawa kenyataan kami benar. Dan sekiranya JAIPs yakin bahawa kenyataan kami jauh tersasar dari realiti sebenar, saya mencabar JAIPs pada hari ini untuk menyaman sivil terhadap mana-mana individu yang terlibat atau pun terhadap saya sendiri.

Video

@ustazwadiannuarofficial Ustaz Wadi Annuar Mencabar Pengarah JAIPs Untuk Saman. #ustazwadiannuar #sunnah #jaips #fyp #fyp??viral #tiktokguru #share #ustazwadianuar #ustazwadi #ustazwadiannuarofficial #ustazwadianuar2023? ? Army Soldiers – Florews

Pada Selasa, Ustaz Wadi hadir ke premis JAIPs bagi sesi soal siasat berhubung isu mengajar tanpa tauliah pada program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan pada 28 Mac lalu.

Namun, Ustaz Wadi mendakwa pihak JAIPs tidak memberikan kerjasama yang baik terhadapnya dan menyebabkan proses untuk mengambil keterangannya terganggu.

Walau bagaimanapun, pihak JAIPs menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa kenyataan yang diberikan Ustaz Wadi jauh tersasar dari realiti sebenar.

Kenyataan dikeluarkan pihak JAIPs

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×