berita

‘Jika Yang Disakiti Enggan Memaafkan, Maka Allah Pun Enggan’ – Athira Yuhada

March 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Selepas viral beberapa kontroversi berhubung pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada di media sosial, orang ketiga yang dikaitkan dalam kisah rumah tangga pelakon tersebut iaitu Athira Yuhada kelihatan memuat naik satu posting di Instagram Storynya semalam.

Artikel berkaitan: Viral Kisah Isteri Hafidz Roshdi Ditumbuk, Athira Yuhada Muat Naik Posting ‘Penyebar Fitnah’ ?

Artikel berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?

Belajar jaga perasaan orang lain

Menerusi posting tersebut, Athira dilihat bercakap mengenai perasaan orang yang disakiti. Ujar Athira, ‘jika insan yang disakiti enggan memberi kemaafan, Allah pun enggan’.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan suaminya telah menumbuk sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kiri. Berikutan daripada itu, Hafidz telah ditahan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Sumber: Athira Yuhada

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×