Bayangkan pagi Sabtu yang nyaman, korang pergi ke mamak atau warung biasa dan order teh ais ikat tepi untuk hilangkan dahaga. Tapi bila tangan seluk poket, eh, dompet takde!
Tak payah panik. Tak perlu dompet pun sebenarnya. Dengan telefon pintar, aplikasi Shopee dan DuitNow QR, korang dah boleh settlekan bayaran.
Sekarang ni, rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah biasa guna e-wallet untuk berbelanja. DuitNow QR pula dah jadi pilihan utama, terutamanya untuk buat pembayaran di kedai-kedai fizikal.
Tapi, nak tahu tak macam mana nak manfaatkan DuitNow QR untuk jimat sampai RM188? Meh sini, kami tunjukkan 4 langkah mudah!
Langkah 1: Scan & bayar dengan DuitNow QR untuk RM10 diskaun segera!
Pertama sekali, korang boleh dapat diskaun RM10 terus bila buat transaksi pertama guna DuitNow QR.
Caranya senang je:
- Buka aplikasi Shopee korang.
- Pilih ikon QR scan dan imbas kod DuitNow QR untuk buat bayaran.
- Semasa checkout, pilih untuk bayar dengan SPayLater untuk nikmati diskaun RM10!
Promosi ni khas untuk pengguna pertama DuitNow QR je tau. Tapi jangan risau, banyak lagi reward menarik untuk korang yang dah biasa guna!
Langkah 2: Check wallet untuk diskaun tambahan sehingga RM20!
Lepas tu, jangan lupa check wallet Shopee korang. Mana tahu ada kejutan istimewa menanti!
- Cari bar wallet pada bahagian atas skrin di aplikasi Shopee korang.
- Klik “Vouchers/Discount”.
- Scroll ke kanan dan cari “ShopeePay Vouchers”.
Pastikan korang guna baucar tersebut sebelum tarikh luput. Jangan terlepas peluang ni, tau!
Langkah 3: Tukar 1 sen jadi RM80 dengan SPayLater In-Store Vouchers
Ni part paling best. Dengan hanya 1 sen, korang boleh jimat sehingga RM80 di Lotus’s, All IT Hypermarket, BHPetrol dan banyak lagi.
Dari barangan rumah, aksesori teknologi, hinggalah isi minyak, semuanya ada!
Dengan SPayLater’s Shocking Sales, korang boleh dapatkan pelbagai baucar serendah 1 SEN sahaja. Kemudian, gunakan baucar ini di kedai kegemaran korang seperti MYDIN, TMG Mart, Bask Bear, dan banyak lagi, dengan diskaun sehingga RM80 apabila korang bayar menggunakan SPayLater
Tapi baucar ini hanya sah untuk pembelian di kedai dengan menggunakan SPayLater, dan pastikan korang tebus baucar ini sebelum tarikh luputnya. So, cepat-cepat guna sebelum expired!
Langkah 4: Diskaun RM100!
Yang terakhir, untuk korang yang nak beli barang-barang kelengkapan rumah, barangan elektronik atau barangan dapur, korang boleh dapat diskaun sehingga RM100 di Machines, TMT Thundermatch, HomePro dan banyak lagi!
Caranya, mudah je:
- Pergi ke kedai fizikal kegemaran korang (contoh: Machines).
- Buka aplikasi Shopee, Klik QR scan dan Checkout dengan SPayLater.
- Pilih voucher khas untuk kedai yang korang pilih.
Nak tahu kedai mana lagi yang join promosi ni? Korang boleh check katalog penuh SPayLater dalam aplikasi Shopee. Banyak pilihan menarik menanti!
Macam mana nak jimat sampai RM188 bila checkout guna SPayLater? Nah, kami ringkaskan untuk korang!
Dengan DuitNow QR dan SPayLater, pembayaran luar talian dah jadi super senang.
Jadi, pastikan korang sentiasa alert dengan aplikasi Shopee untuk semua tawaran in-store, dan korang juga berpeluang untuk nikmati caj 0% apabila korang pilih pelan 1 bulan dengan SPayLater!