Akibat perselisihan faham dengan jiran, seorang wanita yang dikenali dengan nama Sunarsih sanggup membina tembok sepanjang 10 meter di rumahnya yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia.
Bina tembok sepanjang 10 meter
Memetik laporan Regional Kompas, tembok yang berketinggian 2 hingga 3 meter itu dibina di atas tanah milik Sunarsih dan ianya bertujuan untuk menghalang jirannya, Sutikah melalui kawasan tersebut yang juga merupakan satu-satunya laluan untuk ke jalan raya.
Menurut Sunarsih, sebelum ini dia tidak menutupi jalan di atas tanahnya itu kerana mahu memudahkan jiran sekeliling menggunakan laluan tersebut. Tetapi selepas berlakunya pertengkaran dengan Sutikah, dia nekad untuk menutup laluan tersebut. Akibatnya, ianya menyukarkan Sutikah untuk keluar masuk rumah.
Puan Sutikah dan Sunarsih sudah berpuluh tahun hidup berjiran dan sering bergaduh. Kedua-duanya sudah tidak bersuami dan komunikasi menjadi kurang baik.
Suami dihina ‘membusuk’ di neraka
Menurut Sunarsih, dia tidak tahan dengan kata-kata kesat yang dilemparkah Sutikah terhadap dirinya dan arwah suami. Lebih menyakitkan hati apabila Sutikah tergamak menyumpah seranah suami Sunarsih yang baru meninggal dunia dengan mengatakan lelaki itu sudah mereput di dalam tanah.
Suami saya yang sudah meninggal pernah dihina membusuk di neraka.
Susulan itu, Ketua Kampung Mejobo bersama pihak polis berusaha menangani masalah tersebut dengan mempertemukan kedua-duanya. Namun, Sunarsih berkeras tidak mahu meruntuhkan tembok itu tetapi dia akan membuka sebahagian tembok selama dua hari untuk memudahkan Sutikah mengangkat barangnya untuk pindah di rumah saudaranya di Kudus. Menurut sumber, Sutikah yang merupakan warga emas menangis apabila terpaksa melangkah keluar dari kediamannya. Selepas selesai semuanya, Sunarsih akan menutup kembali tembok tersebut.
Sumber: Regional Kompas, Kumparan, Tribunnews