berita

Jisoo Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia 2023

October 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo telah dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia 2023 oleh Majalah Nubia yang berpangkalan di United Kingdom.

Artikel Berkaitan: Tolak Kontrak YG Entertainment Bernilai RM176 Juta, Lisa Blackpink Terima Tawaran Agensi Luar Negara?

Artikel Berkaitan: Jisoo Blackpink & Ahn Bo-Hyun Sah Bercinta

Jisoo wanita tercantik di dunia

Tak dapat dinafikan, dimensi dan struktur wajah Jisoo atau nama sebenarnya Kim Ji-s00 yang sempurna memberi kelebihan kepada gadis kecil molek ini untuk muncul sebagai wanita tercantik di dunia.

Menerusi Nubia Page, undian dan tinjauan oleh majalah Nubia telah berlangsung selama tiga bulan iaitu bermula 1 Julai 2023. Pencalonan bagi mencari pemilik wanita tercantik di dunia terdiri daripada hampir 40 orang selebriti wanita dari seluruh pelosok dunia. Tinjauan yang dipromosikan secara meluas oleh Majalah Nubia berjaya mengumpul lebih 1 juta undian daripada peserta di 116 negara.

Berjaya meraih lebih daripada 200 ribu undian dari 86 negara, pelakon dan ahli kumpulan Blackpink dari Korea Selatan iaitu Kim Ji-soo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023 oleh Majalah Nubia.

Sekadar info, Kim Ji-soo juga menyandang anugerah wanita tercantik di dunia 2022 dan berjaya menewaskan penyanyi Taiwan, Chou Tzuyu, yang menduduki tempat kedua dan Lalisa Manoban di tempat ketiga.

Sumber: Nubia Page

SKIP THIS AD ×