berita

Tolak Kontrak YG Entertainment Bernilai RM176 Juta, Lisa Blackpink Terima Tawaran Agensi Luar Negara?

September 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai penyanyi dari kumpulan terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink dikhabarkan enggan memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment.

Lisa tolak kontrak YG Entertainment?

Memetik laporan Koreaboo, semua ahli Blackpink telah menerima beberapa tawaran kontrak dari agensi hiburan di seluruh dunia dengan nilai yang mencecah berpuluh juta dolar.

Selain itu, Lisa juga didakwa telah menolak tawaran kontrak dari YG Entertainment sebanyak 2 kali dan penyanyi lagu Money dikatakan telah menerima tawaran daripada agensi hiburan dari luar negara termasuklah negara asalnya, Thailand.

Difahamkan, jumlah tawaran dari luar negara adalah lebih besar berbanding YG Entertainment yang hanya meletakkan 37.7 juta USD bersamaan RM176,511,400.

Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Lisa telah menolak tawaran pertama YG dan baru-baru ini turut menolak tawaran kedua. Saiz kontrak dikhabarkan bernilai 37.7 juta USD (RM176,511,400).

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan berita tersebut kerana YG Entertainment masih belum mengeluarkan status terkini mengenai kontrak bersama Blackpink.

Sumber: Koreaboo

SKIP THIS AD ×